Silence Creativity

Blogger

Powered by Blogger | Created and Maintained by »♫ ÃIḾÃ₦ çY®Ã₣ ♫«




Expand/Collapse (+/-)

Salam sejahtera ke atas para blogger dan pelawat.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Yang Maha Esa dengan limpah rahmat kurniaanNya, saya masih hidup lagi di dunia ini untuk beribadah kepadaNya melakukan amar maaruf nahi mungkar, insyaAllah.

Setelah berehat untuk beberapa hari, dapatlah juga merasai ketenangan setelah duduk terperap di rumah, menghitung hari untuk bersekolah semula.Pengalaman di sana amatlah seronok.Moga diberikan peluang lagi untuk ke sana.Mula bertolak pada pukul 3 petang dan selamat tiba lbey kurng jam 4:30 ptg.

Memang seronok gak laa di sana kerana dapat mengurangkan sedikit kebosanan dan ke'tensyen'an di rumah ni, melihat laut yang bergelora dan air pasang surut yang dikatakan dapat menenangkan dan mententeramkan jiwa ni...
(betul ke? Taram je laa...haha :)

Inilah kali pertamaku datang ke tempat ini, memang bes laa...first time en.Pada malam 25 Disember tu, mulalah pergi jalan2 menghirup udara segar...hehe ;)
(SILAP :D)
Kami sekeluarga pergi keluar untuk makan.Cari punyer cari jumpe laa pasar malam lak, dekat2 dgn restoran lg tu.Selesai je dinner kt restoran, gi laa jln2 dkt pasar malam jap, wat ape yg patut.

Pada 26 Disember bersamaan hari Sabtu, memang buhsan gak laa pada mulanyer, tiada aktiviti yg bes dilakukan sehinggalah tiba waktu malamnyer, pihak chalet ada mengadakan tayangan wayang di "Ball Room" 5 (x silap aq laa...hehe) untuk seisi keluarga.

Disebabkan buhsan dan tempat duduk untuk penonton amatlah terhad (bese laa...sape cepat, dia dapat kn), aku dan abang dan adik aq mulalah buat keje lain, pe lagi...men game laa sementara menunggu filem itu tamat.Setelah lama main dan main, 'parents' pula datang, ni mesti cter tu dah habis...hehe ;) Bukan setakat datang, tetapi join sekali main gak, blaja men snuker.

Keesokan harinya merupakan hari terakhir di sana, bersamaan 27 Disember, hari Ahad dan 10 Muharam 1431H, Hari Asyura di mana merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam.Asyura berasal daripada perkataan Arab, عشر yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi.Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah "Yom Kippur" yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajipan kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajipan.

Masyarakat Islam turut percaya berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram :

  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibn Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.
  • Peringatan untuk diri sendiri juga dan saudara Islam yang lain.


    Setelah lbey kurang dua jam bertolak dari tempat penginapan tersebut, akhirnya kami selamat tiba kembali ke rumah.Maka, tamatlah kisah untuk entri ini.
    (Malas sebenarnya nak buat post ni, harap2 cepat abis nules entri ni...hehe ;)

    Akhir kata disudahi dengan rasa lega (kerana dapat merehatkan minda & fikiran di sana serta menghabiskan entri ini :)

    Wassalam.

















    AiMaN AsYraF

    Categories: