Silence Creativity

Blogger

Powered by Blogger | Created and Maintained by »♫ ÃIḾÃ₦ çY®Ãƒ₣ ♫«





Di Sebalik Hari Halloween...


Halloween adalah tradisi perayaan malam 31 Oktober terutamanya di negara-negara barat, dan ia dilakukan dengan berpakaian aneh dan berjalan dari pintu ke pintu rumah dan meminta gula-gula atau coklat dengan berkata "Trick or treat!". Ucapan "Trick or treat!" merupakan semacam "ugutan" yang membawa maksud "Beri kami (gula-gula) atau kami buat kacau".

Kanak-kanak zaman sekarang biasanya tidak lagi membuat kacau di rumah orang yang tidak memberi apa-apa. Sebahagian kanak-kanak masih membuat kacau di rumah orang yang dianggap kedekut dengan cara "menghiasi" pohon yang ada di depan rumah dengan kertas tisu atau menulis di tingkap dengan sabun.

Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, Goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan lain dari kebudayaan Barat. Halloween disambut dengan menghiasi rumah dan pusat membeli-belah dengan simbol-simbol Halloween tersebut.

Halloween berasal dari perkataan Hallowe'en yang merupakan singkatan dari All Hallow's Eve (malam sebelum hari All Hallow). Hari raya agama Katolik bernama Hari Para Orang Kudus (All Saints Holy Day) yang dirayakan 1 November pernah dikenal sebagai All Hallows' Day yang merupakan penyingkatan dari All Hallowed Souls. Dalam bahasa Inggeris, perkataan Hallowed (holy) bererti Orang Kudus.

Hari Para Orang Kudus ditentukan oleh para mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar dengan alasan ingin orang gasar mempercayai agama Kristian. Hari Para Mendiang (Day of the Dead) yang merayakan kedatangan roh sanak-saudara dan kerabat kembali ke bumi sehingga kini masih disambut di beberapa negara seperti di Brazil, Mexico, dan Filipina.

Halloween berasal dari orang Celt di Ireland, Britain dan Perancis sebagai tradisi paganisme perayaan musim tuai. Pada abad ke-19, orang Ireland dan Scotland membawanya ke Amerika Utara.

Simbol Halloween dikaitkan dengan musim luruh dan watak-watak terkenal dan menyeramkan dari filem Amerika dan ahli pereka grafik. Simbol Halloween biasanya dikaitkan dengan kematian, keajaiban, dan raksasa dari dunia mitos.

  • Halloween adalah tradisi perayaan malam 31 Oktober terutamanya di negara-negara barat.
  • Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, Goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan lain dari kebudayaan Barat.
  • Halloween berasal dari perkataan Hallowe'en yang merupakan singkatan dari All Hallow's Eve (malam sebelum hari All Hallow).
  • Halloween berasal dari orang Celt di Ireland, Britain dan Perancis sebagai tradisi paganisme perayaan musim tuai.
  • Simbol Halloween biasanya dikaitkan dengan kematian, keajaiban, dan raksasa dari dunia mitos.


  • Watak yang sering dikaitkan dengan Halloween misalnya ialah watak syaitan dan iblis dalam kebudayaan Barat, manusia labu, makhluk asing, ahli sihir, kelawar, burung hantu, burung gagak, burung bangkai, rumah hantu, kucing hitam, labah-labah, goblin, zombi, mumia, tengkorak, dan serigala jadian. Di Amerika Syarikat, simbol Halloween biasanya turut dikaitkan dengan tokoh dalam filem klasik dari Drakula hinggalah Frankenstein.

    Hitam dan oren dianggap sebagai warna tradisional Halloween, walaupun sekarang banyak juga barang-barang Halloween yang berwarna ungu, hijau dan merah.

    Labu yang merupakan hasil tuaian musim gugur di hemisfera beriklim sejuk sering dijadikan simbol Halloween, begitu pula orang-orang sawah sebagai penjaga hasil tuai. Simbol Halloween yang difahamkan secara sejagat adalah labu yang diukir membentuk wajah "menyeramkan" yang diberi nama Jack-o'-lantern. Untuk kelihatan lebih seram, pelita Jack-o'-lantern biasanya diletakkan di tempat gelap, kerana di dalam labu diletakkan lilin yang menyala atau lampu.

    Di Amerika Syarikat, pelita Jack-o'-lantern sering diletakkan di depan pintu masuk rumah apabila hari mula gelap. Tradisi membuat pelita Jack-o'-lantern berasal dari Amerika Utara yang banyak menghasilkan labu berukuran besar yang mudah diukir.

    Di hemisfera utara, perayaan Halloween berlangsung ketika musim epal sehingga Candy Apple atau caramel apple (epal yang dicelup ke dalam cairan gula) terkenal sebagai makanan Halloween.

    Selain itu, hidangan lain sebagai tradisi Halloween ialah pai labu, sari buah epal (minuman cider), gula-gula jagung, tofi bonfire, Tofi epal, dan gula-gula yang dibungkus dengan warna Halloween (oren, coklat, atau hitam).
    Read More …


    Klinik Komuniti 1MALAYSIA - Hadiah Untuk Rakyat

    Pada pembentangan bajet 2010 pada 23 Oktober 2009 yang lalu, ramai yang sedia maklum dengan insentif serta bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat. Tetapi apa yang paling menarik ialah idea mewujudkan Klinik Komuniti 1Malaysia yang akan dibina di seluruh negara tidak lama lagi.

    Tidak dapat dinafikan, idea Klinik 1Malaysia merupakan elemen yang paling menarik di dalam pembentangan bajet tersebut. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Bin Tun Razak, sejumlah RM 10 juta diperuntukkan bagi membina 50 Klinik Komuniti 1Malaysia di kawasan terpilih terutamanya di bandar.

    Pihak kerajaan akan menyewa bangunan-bangunan kedai atau pun lot-lot kosong di kawasan perumahan rakyat bagi menempatkan Klinik Komuniti 1Malaysia. Apabila ia siap kelak, klinik tersebut akan beroperasi dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

    Jika diperhatikan, konsep operasinya sama seperti klinik komuniti yang sedia ada seperti contoh yang paling hampir, Klinik kesihatan yang dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Ia akan dikendalikan oleh beberapa orang Penolong Pegawai Perubatan dan mungkin seorang Pegawai Perubatan. Tidak seperti di hospital, ia hanya khusus untuk rawatan bagi kes-kes kecil seperti demam, selsema dan kecederaan ringan.

    Berita baiknya ialah, caj yang dikenakan sama seperti klinik kerajaan yang lain. Ini pastinya melegakan ramai orang terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah. Lebih menarik lagi, tiada sebarang caj akan dikenakan bagi pesakit yang terpaksa dikejarkan ke hospital jika pesakit memerlukan rawatan lebih lanjut. Sebelum ini, orang ramai tidak mempunyai alternatif selain mendapatkan rawatan di klinik swasta yang pastinya akan dicaj sekitar RM40 walaupun bagi demam biasa.

    Selain itu, kewujudan klinik ini juga pastinya mampu untuk mengurangkan jumlah pesakit yang datang ke hospital hanya untuk untuk mendapatkan rawatan bagi sakit biasa.

  • Sejumlah RM 10 juta diperuntukkan bagi membina 50 Klinik Komuniti 1Malaysia di kawasan terpilih terutamanya di bandar.
  • Apabila ia siap kelak, klinik tersebut akan beroperasi dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
  • Ia akan dikendalikan oleh beberapa orang Penolong Pegawai Perubatan dan mungkin seorang Pegawai Perubatan.
  • Khusus untuk rawatan bagi kes-kes kecil seperti demam, selsema dan kecederaan ringan.



  • Jika diperhatikan, ramai yang mengadu bayaran yang dikenakan di klinik-klinik swasta semakin mahal. Oleh itu, dengan adanya Klinik Komuniti 1Malaysia pastinya akan meringankan beban yang dialami mereka sejajar dengan slogan 1Malaysia, "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

    Walaubagaimanapun, masih ada penambahbaikan yang boleh dilakukan ke atas idea Klinik Komuniti 1Malaysia ini. Antaranya:

  • Klinik Komuniti ini diperluaskan ke seluruh negara terutamanya di kawasan luar bandar.
  • Tempoh operasinya dipanjangkan kepada 24 jam sama ada untuk semua klinik atau sekurang-kurangnya klinik-klinik yang terpilih.
  • Menempatkan pegawai perubatan bagi mengantikan penolong pegawai perubatan dalam merawat pesakit. Ini memastikan kualiti rawatan yang diberikan.
  • Caj yang dikenakan ialah RM 1.00 pada masa ini di klinik-klinik kerajaan dimansuh terus kerana ia tidak membawa kesan yang besar kepada perkhidmatan yang diberikan.



  • Semoga Klinik Komuniti 1Malaysia akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia apabila ia dibuka kelak.
    sumber: apesaje.tk, Bajet 2010, Utusan, Metro
    Read More …


    Kenali Kapal Perang Terpantas Di Dunia, USS Independence & Freedom


    Keperluan tentera laut Amerika Syarikat (AS) untuk memiliki kapal perang laju bakal dipenuhi oleh dua buah kapal yang telah mencapai kelajuan seperti kenderaan di lebuh raya semasa menjalani ujian di laut.

    Kapal "Independence" itu boleh mencapai kelajuan maksimum 45 knots atau kira-kira 87 kilometer sejam dan kelajuan 44 knots (85 kilometer sejam) secara berterusan selama empat jam semasa menjalani ujian pembina kapal yang berakhir pada bulan ini dekat Pantai Teluk Mexico. Ia boleh memuatkan seramai 40 orang krew dan mampu belayar sejauh 10,000 batu nautika (20,000 km) pada sekali isian bahan api.


    Selain itu, "Independence" juga mempunyai dek penerbangan yang lebih besar dari kapal perang konvesional. Dengan keluasan 1,030 m2, ia mampu menyokong operasi yang melibatkan 2 buah helikopter SH-60, beberapa buah pesawat tanpa pemandu (UAV), atau sebuah helikopter besar jenis CH-53.

    Kembarnya, Kapal "Freedom" yang sepanjang 115 meter dan dibina oleh kontraktor pertahanan berasingan, juga didapati telah mencapai kelajuan serupa.

    Kedua-dua versi yang dikenali sebagai Littoral Combat Ship (Kapal Tempur Pesisir) itu menggunakan enjin diesel berkuasa tinggi dengan bantuan turbin gas untuk bergerak lebih laju.


    Kapal-kapal tersebut menggunakan jet-jet air boleh kemudi bagi menggantikan kipas dan kemudi, selain mampu mengharungi perairan lebih cetek berbanding kapal perang biasa, membolehkannya belayar lebih hampir dengan pantai dan memburu lanun dengan lebih berkesan.

    Pembinaannya telah dipercepat kerana tentera laut mahu kapal yang boleh beroperasi di kawasan pesisir.

  • Kapal "Independence" itu boleh mencapai kelajuan maksimum 45 knots atau kira-kira 87 kilometer sejam dan kelajuan 44 knots (85 kilometer sejam) secara berterusan selama empat jam.
  • Kembarnya, Kapal "Freedom" yang sepanjang 115 meter dan dibina oleh kontraktor pertahanan berasingan, juga didapati telah mencapai kelajuan serupa.
  • "Independence" ialah kapal perang berbadan aluminium yang dibina oleh Austal USA di Mobile, Alabama. Kontraktor utama ialah anak syarikat General Dynamics, Bath Iron Works di Maine.
  • Lockheed Martin Corp pula mengetuai pasukan yang membina "Freedom" di Marinette, Wisconsin. Ia nampak seperti kapal perang konvensional dengan badan diperbuat daripada keluli.


  • "Freedom" dijangka mula beroperasi tahun depan, dua tahun lebih awal daripada jadual.

    "Independence" ialah kapal perang berbadan aluminium yang dibina oleh Austal USA di Mobile, Alabama. Kontraktor utama ialah anak syarikat General Dynamics, Bath Iron Works di Maine.

    Lockheed Martin Corp pula mengetuai pasukan yang membina "Freedom" di Marinette, Wisconsin. Ia nampak seperti kapal perang konvensional dengan badan diperbuat daripada keluli.

    Kedua-dua pasukan bersaing untuk membolot kontrak lumayan kerana tentera laut merancang untuk memilih sama ada Lockheed Martin atau General Dynamics sebagai pembina, bukan kedua-duanya.

    Tentera laut merancang untuk memiliki 55 kapal perang laju seumpamanya.
    sumber: apesaje.tk, Wikipedia, Utusan, AP

    Read More …


    Misteri Awan Ganjil, Satu Ilusi Optik ?


    Pada minggu lepas, penduduk kota Moscow, Rusia telah dikejutkan dengan satu awan berbentuk ganjil di langit. Awan tersebut kelihatan seperti bentuk cincin dan tidak ubah seperti pembentukan awan ketika serangan kapal angkasa mahkluk asing menyerang Bumi di dalam filem Independence Day.

    Gambar awan tersebut telah berjaya dirakam oleh beberapa penduduk Moscow dan ia turut disiarkan dalam bentuk video di laman web YouTube. Awan yang ganjil tersebut turut menarik perhatian beberapa ahli meteorologi untuk memberikan pandangan mereka.

    Menurut mereka, pembentukan awan ganjil bukanlah disebabkan oleh 'serangan mahkluk asing' mahupun akibat kuasa luar biasa yang tidak dapat dijelaskan. Ia biasa berlaku... dan fenomena ini disebabkan oleh ilusi optik. Ia berlaku kerana perolakan udara yang datang dari kutub artik dibias oleh cahaya matahari yang terbenam di barat.

    Dalam erti kata, awan tersebut tidak wujud sama sekali. Ia hanya wujud dalam bentuk ilusi seperti logamaya.

    Selain itu, ada pendapat yang mengatakan awan yang ganjil tersebut terbentuk kerana pencemaran udara yang serius di kota tersebut. Walau bagaimanapun, ia disangkal sama sekali.

  • Awan tersebut kelihatan seperti bentuk cincin.
  • Gambar awan tersebut telah berjaya dirakam oleh beberapa penduduk Moscow dan ia turut disiarkan dalam bentuk video di laman web YouTube.
  • Fenomena ini disebabkan oleh ilusi optik.
  • Ada pendapat yang mengatakan awan yang ganjil tersebut terbentuk kerana pencemaran udara.
  • Read More …


    Windows 7 akan dilancarkan...Windows 8 akan menyusul???


    Seperti yang diketahui umum, Microsoft dijangka akan melancarkan Microsoft Windows 7 tidak lama lagi. Tarikh 22 Oktober 2009 kini hangat diperkatakan sebagai tarikh Windows 7 bakal menemui pengguna. Bagi anda menantikan Windows 7 ini, pastinya anda sudah tidak sabar menanti apatah lagi ia menjanjikan kestabilan dan prestasi yang lebih baik daripada Windows Vista.

    Tetapi, belum lagi ia dilancarkan, dunia IT dikhabarkan dengan berita yang Windows 8 dikatakan bakal menyusul tidak terlalu lama selepas Windows 7. Malah, dipercayai pembangunan Windows 8 kini hampir kepada peringkat Release Candidate (RC). Ini dikuatkan lagi dengan sumber yang mengatakan Microsoft kini sedang giat mencari pakar untuk pasukan pembangunan untuk sistem pengoperasian (OS) selepas Windows 7.


  • Windows 7 akan dilancarkan tidak lama lagi. Khabar angin mengatakan ia akan menemui pengguna pada hujung bulan ini.
  • Tidak seperti Win 7 yang dibina berasaskan platform 64-bit, Windows 8 akan menggunakan plaform 128 bit.
  • Windows 8 hanya akan menemui pengguna pada sekitar tahun 2011-2012.



  • Apa pun buat masa ini, masih belum ada sebarang butiran terperinci mengenai OS akan datang tersebut. Menurut sumber itu lagi, Windows 8 dikatakan akan menemui pengguna tidak kurang dari tahun 2011. Selain itu, baru-baru ini, Robert Morgan, Penyelidik Kanan di Research & Development Microsoft dilaporkan sudah menguji Windows 8 termasuk sokongan dan kesesuaian untuk 128bit. Untuk pengetahuan anda, Windows 7 dibina di atas platform 64bit.
    sumber : apesaje.tk, Microsoft, Softpedia Technology News, PC WORLD
    Read More …


    Pemain Muzik Apple iPod Meningkatkan Risiko Pekak


    Kehadiran pemain-pemain media seperti iPod dan juga pemain-pemain mp3 telah mendapat sambutan yang hangat terutamanya dikalangan remaja di seluruh dunia. Gajet-gajet ini membolehkan mereka memainkan lagu-lagu kegemaran bila-bila masa, di mana sahaja dengan ruang storan yang hampir tanpa had. Meskipun kecil, kebanyakan pemain muzik mp3 termasuk iPod boleh menghasilkan bunyi yang amat kuat. Lebih buruk lagi, kebanyakan mereka mendengar melalui headfon.


    Kajian terbaru yang dilakukan oleh sekumpulan saintis dari University of Southern Mississippi, Amerika Syarikat telah mendapati remaja yang cenderung untuk mendengar muzik yang kuat boleh menyebabkan masalah gangguan pendengaran kepada telinga mereka atau lebih buruk lagi, pekak.

    Seramai 31 pelajar universiti telah menyertai kajian saintifik tersebut. Tempoh masa yang diambil ialah 5 tahun. Hasilnya mereka mendapati risiko untuk menjadi pekak telah meningkat. Walaupun begitu, ada pihak yang menyangkal hasil kajian ini memandangkan jumlah subjek yang terlalu kecil.

    Hakikatnya, ini bukan kali pertama kajian seumpama ini pernah dilakukan. Setakat ini, ramai saintis bersetuju bunyi yang mencapai 85 decibels (dB) - bunyi pengering rambut, boleh menyebabkan kerosakan pada telinga jika terdedah kepada tempoh yang lama.


    Sehingga kini, Amerika Syarikat melalui United States Department of Labor's Occupational Safety & Health Administration (OSHA) telah menetapkan satu standard had pendedahan bunyi kepada pekerja bergantung kepada kekuatan bunyi. Contohnya, seseorang pekerja dihadkan untuk tempoh maksimum dua jam bagi bunyi dengan kekuatan 100dB.

    Berdasarkan kajian yang lain, iPod didakwa hanya membahayakan telinga manusia apabila mencapai kekuatan bunyi sekitar 130dB. Dari kajian tersebut juga mendapati 55% dari pengguna iPod mendengar bunyi melebihi 85dB. Pendedahan yang berterusan pada kekuatan bunyi tersebut telah diakui mampu merosakkan pendengaran.

    Lebih buruk lagi, model iPod yang terbaru dikatakan boleh memainkan lagu tanpa henti untuk tempoh 20 jam. Saintis kini bimbang apakah yang akan berlaku jika pengguna mendengar lagu-lagu dengan bunyi yang kuat untuk tempoh selama itu...

    Selain pemain muzik, telefon bimbit pintar kini juga boleh berfungsi seperti pemain muzk


    sumber: Acoustical Society of America, LifeScience
    Read More …

    Read More …

    "Orang Pendek" Dikesan Di Indonesia... Apakah "Orang Pendek" Sebenarnya ?


    Sepasukan empat pengembara Britain mendakwa melihat mawas hutan di Sumatera yang dikenali sebagai "orang pendek" di Indonesia baru-baru ini.

    Makhluk tersebut yang terkenal kerana saiz kecil itu dijumpai di tengah hutan tebal Taman Negara Kerinci di Pulau Sumatera baru-baru ini.

    Mereka yang dibantu seorang penunjuk arah tempatan turut membawa pulang sampel sehelai rambut untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

    Mawas itu dipercayai amat kuat kerana penduduk pernah melihatnya mengoyakkan kayu balak.

    Tapak kaki mawas itu turut ditemui.

    Photobucket
    Tapak Kaki Yang Dipercayai Milik "Orang Pendek"


    Saksi-saksi menggambarkan mawas itu yang ditemui di sekitar Tasik Gunung Tuju yang memiliki ketinggian 1.5 meter dan berjalan dengan menggunakan dua kaki.

    "Orang pendek" yang sukar dijumpai itu dipercayai hidup berkongsi habitat bersama dengan haiwan liar termasuk harimau Sumatera, ular sawa dan buaya air masin.

    Pasukan pengembara dari Pusat Zoologi Fotean yang berpusat di Devon, England itu menjalankan misi selama dua minggu di hutan tersebut.

    Apakah Sebenarnya "Orang Pendek" ?

    "Orang Pendek" merujuk kepada primat yang seakan-akan mawas yang mempunyai ketinggian yang rendah dan berbulu lebat. Ia kerap kali dikesan di hutan hujan tropika di Asia Tenggara terutamanya di hutan kepulauan Sumatera.

    Sehingga hari ini, belum ada lagi sebarang dokumentasi lengkap mengenai kewujudan "Orang Pendek", walaupun begitu, laporan demi laporan yang dibuat oleh penduduk tempatan mempunyai konsistensi terhadap karakteristik "Orang Pendek". Menurut saksi-saksi yang melaporkan sebelum ini, "Orang Pendek" mempunyai ciri seperti:

  • Bentuk fizikal seperti seekor mawas
  • Ketinggian sekitar 50cm hingga 150cm
  • Berjalan di atas kedua kakinya. Cara ia berjalan tidak ubah seperti manusia (berjalan dengan tubuh badan menegak)
  • Berbulu lebat dan berwarna gelap
  • Cekap memanjat pokok seperti monyet


  • Photobucket
    Gambaran Ketinggian dan Cara "Orang Pendek" Berjalan


    Kewujudannya "Orang Pendek" telah mula diceritakan sejak ratusan tahun dahulu terutamanya dikalangan penduduk kampung yang kerap terserempak dengan haiwan tersebut di dalam hutan. Malah pada awal abad ke-20 semasa penjajahan Belanda di Sumatera, ada beberapa pegawai kanan kerajaan Belanda yang mendakwa pernah melihat haiwan tersebut ketika kerja-kerja lapangan di kawasan pedalaman.

    Siri Kajian Saintifik Dalam Mencari Bukti Kewujudan "Orang Pendek"

    Misteri kewujudan "Orang Pendek" turut mengundang Debbie Martyr, seorang penyelidik untuk melakukan kajian dan dokumentasi terperinci dengan dibiayai oleh Pertubuhan Flora & Fauna International. Kajian yang bermula pada sekitar 1990-an dan berlangsung selama 15 tahun menggunakan kaedah pemasangan kamera sensitif kepada pergerakan di dalam hutan Kerinci.

    Malang sekali, kajian tersebut gagal mengambil sebarang gambar "Orang Pendek" melainkan beberapa kehidupan hutan yang biasa kelihatan termasuklah harimau sumatera yang diancam kepupusan.

    Satu lagi kajian yang dilakukan pada sekitar 2001-2003 oleh Adam Davies, Andrew Sanderson dan Keith Townley di hutan yang sama juga tidak berjaya mengambil gambar "Orang Pendek". Namun begitu, mereka membawa balik tapak kaki dan bulu dipercayai milik haiwan tersebut.

    Photobucket
    Sampel Tapak Kaki Yang Dipercayai Milik "Orang Pendek"


    Analisa pada sampel tapak kaki dan bulu telah dijalankan oleh Pakar Biologi Primat mendapati sampel tersebut disahkan:

  • milik kepada spesis beruk
  • memiliki gabungan ciri-ciri jibon, cipanzi, orang utan dan juga manusia.


  • Apa yang menarik ialah, analisa tersebut gagal menyamakan sampel dengan mana-mana spesis primat yang ada di muka Bumi ini sekaligus menguatkan andaian ia mungkin spesis yang masih belum ditemui mahupun dikenal pasti.

    Kekurangan bukti mengenai "Orang Pendek" telah mengundang National Geographic untuk melakukan kajian bermula pada September 2005 dan kini ia masih sedang dijalankan.
    sumber: Apesaje.tk, Kosmo, Wikipedia
    Read More …