Silence Creativity

Blogger

Powered by Blogger | Created and Maintained by »♫ ÃIḾÃ₦ çY®Ã₣ ♫«




Ais Gunung Kilimanjaro Bakal Tinggal Sejarah...Tidak Lama Lagi



  • 'Ais di Puncak Kilimanjaro bakal hilang untuk selama-lamanya', kata David Verardo, Pengarah Program Poleoclimate National Science Foundation.
  • Lebih dahsyat lagi, ia dikatakan boleh berlaku dalam tempoh hanya satu dekad.Fenomena telah menarik perhatian saintis sejak kebelakangan ini kerana pencairan ais tersebut turut melambangkan peningkatan suhu global.

    Beliau turut menjelaskan kerja-kerja pemuliharaan perlu dipertingkatkan di kawasan sekitar Gunung Kilimanjaro kerana gunung tersebut juga merupakan punca air utama di Tanzania.Buat masa ini, National Science Foundation dari Amerika Syarikat bekerjasama erat dengan Ohio State University untuk kerja-kerja pemuliharaan di sana.


    Selain itu, kumpulan saintis dari NSF juga memberi amaran bahawa glasier yang ada di sana hanya akan bertahan untuk beberapa tahun lagi. Jika berpandukan fakta yang sedia ada, jumlah ais telah menyusut sehingga separuh dari jumlah ais yang dicatatkan pada tahun 2000. Malah, ia juga dikatakan telah kehilangan sebanyak 82% berbanding pada tahun 1918, Ini bermakna, Kilimanjaro besar kemungkinan akan kehilangan ais sepenuhnya menjelang 2020.Fenomena yang sama pernah berlaku di Gunung Kinabalu kita di mana ais dan glasier pernah wujud sekitar 10000 tahun dahulu.

    Walau bagaimanapun, apa yang berlaku di Kilimanjaro bukanlah sesuatu yang asing, lebih-lebih lagi ia turut berlaku di tanah-tanah tinggi di sub-tropika yang lain. Peningkatan suhu permukaan disamping kenaikan aras troposfera Bumi merupakan punca yang dikenal pasti setakat ini.



    Keindahan puncak Gunung Kilimanjaro mungkin hanya satu kenangan jika langkah-langkah pemuliharan tidak diambil berat
    sumber: apesaje.tk, Wikipedia, Softpedia News

    Categories: