Silence Creativity

Blogger

Powered by Blogger | Created and Maintained by »♫ ÃIḾÃ₦ çY®Ã₣ ♫«




بسم الله الرحمن الرحيم




Update 02/02/2011 – Update terkini dari Mesir yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri – Berita Terkini Di Mesir

Update Keadaan di Mesir (23:08 GMT +8)(17:08 GMT +2)
1hb Feb 2010

  • Baru ada kenyataan rasmi mengenai pemindahan pelajar2 menggunakan kapal TLDM yg berlabuh di Athens.
  • Pelajar di Alex sudah mula mengemas & berkumpul untuk bersedia dibawa keluar dari Mesir melalui kapal terbang dan dibawa keluar dari Mesir. mereka akan dipindahkn ke negara berjiranan Mesir, BUKAN DIHANTAR PULANG.
  • Ibubapa diminta sentiasa menghubungi anak² untuk mengetahui keadaan semasa mereka di samping memberitahu tindakan kerajaan Malaysia kerana sistem komunikasi di Mesir sangat terjejas, ramai yang tidak tahu keadaan semasa.
  • Kawasan Kaherah dan Iskandariah sangat dikhuatiri . Bagi anak2 di Muhafazah lain, InsyaAllah keadaan mereka selamat kerana kawasan yg teruk terjejas ialah Kaherah & Iskandariah.
  • Setakat ini tiada laporan kes keselamatan pelajar2 Malaysia di sana, doakan supaya mereka sentiasa selamat.



  • Update : 02/02/2011
    Bernama Online – Kerajaan Usaha Bawa Pulang Pelajar Menggunakan Kapal Atau Pesawat

  • Antara langkah berkenaan ialah meminta kapal Bunga Mas 5, iaitu sebuah kapal serbaguna yang dikawal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia yang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah yang terletak kira-kira dua jam setengah perjalanan dari selatan Kaherah, bagi membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan. Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari.

  • Sudah berunding dengan Menteri Luar untuk meminta syarikat penerbangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah bagi membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia.

  • Berusaha membawa pelajar-pelajar Malaysia ke Jeddah untuk ditempatkan sementara di pusat Tabung Haji di sana sehingga ada penerbangan pulang ke Malaysia.


  • _______________________________________________


    ::...:: Entry asal ::...::


    CLICK to Expand/Collapse (+/-)

    Saya dapat message dari @DyyaDizarch salah seorang pelajar perubatan di Mesir yang sedang berusaha memohon bantuan dan perhatian Kerajaan Malaysia tentang situasi sebenar di Mesir.


    Menurut laporan Bernama 30 Jan 2011 – Belum Ada Keperluan Bawa Pulang Penuntut Dari Mesir – Muhyiddin

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di Labis hari ini memberitahu bahawa tiada keperluan untuk membawa balik pelajar-pelajar Malaysia buat masa ini. Jika pelajar-pelajar berkenaan ingin pulang, mereka boleh melakukannya dengan membiayai sendiri perjalanan pergi dan balik dari negara itu.

    Wisma Putra juga telah menubuhkan dua bilik operasi iaitu di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya dan di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah.

    Ia boleh dihubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Penasihat Menteri Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman.



    Kenyataan itu telah menimbulkan rasa tidak berpuas hati ibu bapa penuntut Malaysia yang terperangkap di sana kerana situasi mereka sangat terdesak dan didalam bahaya, tidak seperti yang diberitahu oleh kerajaan.

    Bekalan elektrik dan internet juga telah dipotong. Rompakan dan pecah rumah, kecurian dan bekalan makanan yang meruncing. Bank juga tidak berfungsi malah perlindungan keselamatan juga terhakis.

    Mengikut blog krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com

    ok.. yg kat comment tu update dri kwn pompuan.. wallet die kene curi.. hilang 1000.. n die yg ckp airport kat alex dh kene bakar…
    ni update dri adik sy..
    keadaan smkin teruk.. polis kat alex sume dh xde.. n mmg xde rulez…
    post balai polis sume dh kene bakar.. n senjata sume org awam dh curi…n banduan sume dh kene lepas… pg td adik tetibe call.. suruh call balik.. emergency… die ckp internet sume dh down.. msg pn xboleh… n time tu battery die low… suruh die charge.. worse.. die ckp xleh charge sbb power xde… skarg xsure la ade ke xde…tp klu xde.. it’s a big problem… sbb satu2 cara nak contact diorg ialah call.. klu phone xde battery n xleh charge or no kredit so dh x boleh call.. n gov egypt plan nak cut bekalan air.. tp sampai skarg boleh pki lg.. xtau bile diorg nak cut..
    so driorg idup dlm kegelapan…
    then ATM sume xleh pki.. kedai sume xleh ttp… n ni satu masalah.. ssh diorg nak balik.. airport terdekat kat alex dh kene bakar.. then xde duit sbb atm sume down… n brg adik cakap harga sume melambung… of course bg sy at-salat mengambik lesempatan.. call 5 saat utk 4 5 genih tu sangat melampau… xsampai seminit pn.. n harga top up pn mahal skarg.. taxi even worst.. super mahal gle…
    makanan dh kurang.. n duit xleh kuar n harga melambung..



    Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam. Ramai pelajar yang terkandas di lapangan terbang akibat rusuhan dan jadual penerbangan ditunda.

    Saya rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu keadaan yang sebenar yang berlaku di sana dan supaya kerajaan kita secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.

    Keadaan yang semakin getir ini boleh dilihat apabila kerajaan Amerika Syarikat, India dan United Kingdom telah menghantar pesawat bagi mengambil pulang rakyat mereka yang berada di Mesir yang mahu pulang.

    Semoga pelajar dan rakyat Malaysia di sana dilindungi Allah dan dipelihara dari segala musibah.

    Bloggers seluruh Malaysia, take note!


    Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

    Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

    Atau melalui:
    Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
    Twitter: DyyaDizarch
    Blog: Nadia-ism
    YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
    Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
    - Nadia -


    Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:

    1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
    2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt
    3. What’s happening in Egypt
    4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita
    5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesir

    Boleh ikuti perkembangan terkini melalui facebook Selamatkan Pelajar Malaysia di Mesir atau blog ariffshah.com Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak

    AiMaN AsYraF


    Read More …


    CLICK to Expand/Collapse (+/-)

    1. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:


    ❝ Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah s.w.t.. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah s.w.t. dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.❞

    〈« Hadith riwayat Muslim »〉



    Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, "as-Subhu" atau "as-Sabah" adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.


    2. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit. Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadith mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.


    3. Rasulullah s.a.w. mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau "Subuh gajah", iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.


    4. Rasulullah s.a.w. mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.


    5. Salah satu keutamaannya ialah Rasulullah s.a.w. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadith :


    ❝ Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).❞

    〈« Hadith riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah »〉


    Jika Rasulullah s.a.w. yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah s.w.t. kerana baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyyah paling dekat dengan Allah s.w.t..Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredhaan Allah s.w.t..

    6. Allah s.w.t. berfirman maksudnya:


    ❝ Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.❞

    〈« Surah al-Kahfi,18 ; ayat 28 »〉



    7. Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadith:


    Dari Aisyah r.ha telah bersabda Rasulullah s.a.w. :

    ❝ Dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.❞

    〈« Hadith riwayat Imam al-Tirmdizi »〉


    Begitulah keistimewaan solat Subuh.Jadi, apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?

    8. Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?


    Daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

    ❝ Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh. ❞

    〈« Hadith riwayat Muslim »〉


    9. Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.


    Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

    ❝ Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.❞

    〈« Hadith riwayat Bukhari »〉


    Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar. Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah s.w.t..

    10. Rasulullah s.a.w. memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh.

    Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:


    ❝ Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah s.w.t. akan menuntutnya, sehingga Allah s.w.t. akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.❞

    〈« Hadith riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah »〉


    Sesungguhnya terdapat banyak lagi ganjaran & kepentingannya & mendirikan solat lima waktu sehari semalam itu merupakan Rukun Islam ke-2 yang wajib dilakukan malah amat dituntut sehinggakan menjadi perkara pertama yang akan ditanya & dihisab ketika di akhirat kelak.

    Solat merupakan tiang agama. Islam akan runtuh apabila Solat ditinggalkan penganutnya.


    Menurut Muaz bin Jabal r.a, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

    ❝ Mahukah kamu aku khabarkan tentang kepala, tiang dan menara semua perkara? Aku menjawab: Sudah pasti wahai Rasulullah. Baginda berkata: Kepala semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah Solat dan menaranya adalah Jihad.❞

    〈« Hadith riwayat al-Tirmidzi »〉



    Menurut Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

    ❝ Apa pendapat kamu jika ada sungai di hadapan pintu rumah kamu yang boleh kamu mandi di dalamnya lima kali sehari, adakah masih tertinggal dakinya? Mereka berkata: Sudah pasti tidak akan tinggal sedikit pun dakinya. Baginda bersabda: Itulah perumpamaan Solat lima waktu. Allah telah membersihkan segala kesalahan dengan mengerjakannnya.❞

    〈« Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim »〉



    Dari Jabin bin Abdullah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

    ❝ Perbezaan antara seorang lelaki Muslim dengan syirik atau kufur ialah meninggalkan Solat.❞

    〈« Hadith riwayat Muslim »〉



    Hazrat Ubadah bin Somit r.a telah berkata: Kekasihku, Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepadaku tujuh perkara. Sabda Baginda s.a.w:

    ❝ Jangan menyengutukan Allah dengan sesuatu apapun, walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar atau disalib. Jangan meninggalkan Solat dengan sengaja, kerana sesiapa meninggalkan Solat dengan sengaja akan terkeluar daripada agama Islam. Jangan melakukan maksiat, kerana perbuatan itu akan menyebabkan kemurkaan Allah dan jangan minum arak, kerana perbuatan ini adalah ibu segala maksiat.❞

    〈« Hadith riwayat Imam al-Tabrani »〉


    Keterangan :

    Perkara yang sama terdapat dalam sebuah hadith lagi yang diriwayatkan oleh Abu Darda' r.a katanya:

    "Kekasihku, rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepada saya bahawa:


    ❝ Jangan sesekali menyengutukan Allah s.w.t dengan sesuatu apapun walaupun kamu dicincang atau dibakar.Jangan tinggalkan Solat dengan sengaja kerana sesiapa meninggalkan Solat dengan sengaja, maka allah s.w.t tidak bertanggung jawab terhadapnya.Jangan minum arak kerana perbuatan ini adalah kunci segala kejahatan.❞


    Abu Hurairah r.a. pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:


    ❝ Perkara pertama yang ditanya kepada seorang hamba pada hari kiamat tentang amalannya ialah solatnya. Jika baik, dia telah berjaya dan maju. Jika rosak, dia telah celaka dan rugi. Jika amalan fardhunya kurang, Allah berkata: Perhatikan adakah hambaKu melakukan amalan sunat yang boleh menampung kekurangan amalan fardhunya. Kemudian dilakukan perkara yang sama pada amalan- amalan lain.❞

    〈« Hadith riwayat al-Nasa'i & al-Tirmidzi »〉


    Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh & solat-solat yang lain dengan penuh keikhlasan, khusyuk & tawaddhu' . Insya-Allah biiznillah.

    Firman Allah swt maksudnya:


    ❝ Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan).❞

    〈« Surah al-Baqarah,2 ; ayat 186 »〉



    ❝ Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya die telah berjaya dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.❞

    〈« Surah Ali Imran, 3 ; ayat 185 »〉



    ❝ Dan sesungguhnya akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya sekiranya mereka mengetahuinya.❞

    〈« Surah al-Ankabut ; ayat 64 »〉


    Read More …