Silence Creativity

Blogger

Powered by Blogger | Created and Maintained by »♫ ÃIḾÃ₦ çY®Ã₣ ♫«





CLICK to Expand/Collapse (+/-)

1. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:


❝ Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah s.w.t.. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah s.w.t. dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.❞

〈« Hadith riwayat Muslim »〉



Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, "as-Subhu" atau "as-Sabah" adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.


2. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit. Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadith mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.


3. Rasulullah s.a.w. mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau "Subuh gajah", iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.


4. Rasulullah s.a.w. mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.


5. Salah satu keutamaannya ialah Rasulullah s.a.w. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadith :


❝ Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).❞

〈« Hadith riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah »〉


Jika Rasulullah s.a.w. yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah s.w.t. kerana baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyyah paling dekat dengan Allah s.w.t..Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredhaan Allah s.w.t..

6. Allah s.w.t. berfirman maksudnya:


❝ Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.❞

〈« Surah al-Kahfi,18 ; ayat 28 »〉



7. Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadith:


Dari Aisyah r.ha telah bersabda Rasulullah s.a.w. :

❝ Dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.❞

〈« Hadith riwayat Imam al-Tirmdizi »〉


Begitulah keistimewaan solat Subuh.Jadi, apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?

8. Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?


Daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

❝ Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh. ❞

〈« Hadith riwayat Muslim »〉


9. Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.


Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

❝ Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.❞

〈« Hadith riwayat Bukhari »〉


Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar. Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah s.w.t..

10. Rasulullah s.a.w. memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:


❝ Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah s.w.t. akan menuntutnya, sehingga Allah s.w.t. akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.❞

〈« Hadith riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah »〉


Sesungguhnya terdapat banyak lagi ganjaran & kepentingannya & mendirikan solat lima waktu sehari semalam itu merupakan Rukun Islam ke-2 yang wajib dilakukan malah amat dituntut sehinggakan menjadi perkara pertama yang akan ditanya & dihisab ketika di akhirat kelak.

Solat merupakan tiang agama. Islam akan runtuh apabila Solat ditinggalkan penganutnya.


Menurut Muaz bin Jabal r.a, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

❝ Mahukah kamu aku khabarkan tentang kepala, tiang dan menara semua perkara? Aku menjawab: Sudah pasti wahai Rasulullah. Baginda berkata: Kepala semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah Solat dan menaranya adalah Jihad.❞

〈« Hadith riwayat al-Tirmidzi »〉



Menurut Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

❝ Apa pendapat kamu jika ada sungai di hadapan pintu rumah kamu yang boleh kamu mandi di dalamnya lima kali sehari, adakah masih tertinggal dakinya? Mereka berkata: Sudah pasti tidak akan tinggal sedikit pun dakinya. Baginda bersabda: Itulah perumpamaan Solat lima waktu. Allah telah membersihkan segala kesalahan dengan mengerjakannnya.❞

〈« Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim »〉



Dari Jabin bin Abdullah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

❝ Perbezaan antara seorang lelaki Muslim dengan syirik atau kufur ialah meninggalkan Solat.❞

〈« Hadith riwayat Muslim »〉



Hazrat Ubadah bin Somit r.a telah berkata: Kekasihku, Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepadaku tujuh perkara. Sabda Baginda s.a.w:

❝ Jangan menyengutukan Allah dengan sesuatu apapun, walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar atau disalib. Jangan meninggalkan Solat dengan sengaja, kerana sesiapa meninggalkan Solat dengan sengaja akan terkeluar daripada agama Islam. Jangan melakukan maksiat, kerana perbuatan itu akan menyebabkan kemurkaan Allah dan jangan minum arak, kerana perbuatan ini adalah ibu segala maksiat.❞

〈« Hadith riwayat Imam al-Tabrani »〉


Keterangan :

Perkara yang sama terdapat dalam sebuah hadith lagi yang diriwayatkan oleh Abu Darda' r.a katanya:

"Kekasihku, rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepada saya bahawa:


❝ Jangan sesekali menyengutukan Allah s.w.t dengan sesuatu apapun walaupun kamu dicincang atau dibakar.Jangan tinggalkan Solat dengan sengaja kerana sesiapa meninggalkan Solat dengan sengaja, maka allah s.w.t tidak bertanggung jawab terhadapnya.Jangan minum arak kerana perbuatan ini adalah kunci segala kejahatan.❞


Abu Hurairah r.a. pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:


❝ Perkara pertama yang ditanya kepada seorang hamba pada hari kiamat tentang amalannya ialah solatnya. Jika baik, dia telah berjaya dan maju. Jika rosak, dia telah celaka dan rugi. Jika amalan fardhunya kurang, Allah berkata: Perhatikan adakah hambaKu melakukan amalan sunat yang boleh menampung kekurangan amalan fardhunya. Kemudian dilakukan perkara yang sama pada amalan- amalan lain.❞

〈« Hadith riwayat al-Nasa'i & al-Tirmidzi »〉


Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh & solat-solat yang lain dengan penuh keikhlasan, khusyuk & tawaddhu' . Insya-Allah biiznillah.

Firman Allah swt maksudnya:


❝ Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan).❞

〈« Surah al-Baqarah,2 ; ayat 186 »〉



❝ Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya die telah berjaya dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.❞

〈« Surah Ali Imran, 3 ; ayat 185 »〉



❝ Dan sesungguhnya akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya sekiranya mereka mengetahuinya.❞

〈« Surah al-Ankabut ; ayat 64 »〉


Categories: ,

2 Responses so far.

  1. Unknown says:

    Salam Mknace :)
    Thx...really appreciate it
    Semoga diberi kekuatan & hidayah oleh-Nya agar tergolong dalam mereka yang sentiasa dekat kepada-Nya, Insya-Allah.