Silence Creativity

Blogger

Powered by Blogger | Created and Maintained by »♫ ÃIḾÃ₦ çY®Ã₣ ♫«




بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته


Google.Inc bakal memperkenalkan interface yang baru untuk Blogger atau blogspot.com nih.Sebelum itu, kita tengok dulu video yang di-upload oleh Google untuk para pangguna Blogger.



Macam biasa, pada tahun ini Blogger pun akan menukar rupa seperti Facebook juga yang menukar design-nya ... untuk menjadikannya updated, namun ada yang mengkritik dengan kritikan yang buruk dan vice versa.Walaupun macam tu, bagi gue, lantak laa nak wat camner pun asalkan bley gune cam biasa ... hehe :D

Malas nak menulis berjele-jele mengenai ini, biar gambar yang menerangkan ape benda Blogger new interface nih :)
Boleh juga bertanya Mr.Google untuk menerangkan dengan lebih terperinci mengenai interface terbaru Blogger ini.





Wassalamu'alaikum.

AiMaN AsYraF

Read More …

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته


Mesti ada yang tertnya-tanya ... komen? Comment? Apanyer komen baru.Meh kawe cter.Pada 2 Mac yang lalu, Facebook Developer telah melancarkan kotak komen atau comment box yang telah dikemaskini.Kini, Comment box ini telah menarik perhatian gue & ingin sangat laa mencubanya.Huh ...
(masih kuat sifat keremajaan dalam diri nih)


Sebelum pape hal, jom tengok video nih yang telah dipost oleh Facebook 4 Mac lalu.



Sepertimana dalam video tu terangkan, comment box tu membolehkan kita komen di mana-mana website yang menggunakannya.Jadi, seperti yang anda nampak ... walla!! Blog ini telah di-upgrade dengan applikasi ini dan akan menggunakan 'kotak komen' ini mulai sekarang.Sesiapa yang nak komen, boleh laa komen di kotak komen di bawah ye :)
(kalo ade laa mane² pelawat yang singgah laa ... huhu)


Weyh ... camner dowh nak letak komen nih? nmpk cam bes je ... berkenan lak nak letak :D

Caranya agak panjang gak ... kowt untuk diterangkan dengan menulis nih.


1) Pergi ke laman web Facebook Developers untuk log in & buat applikasi baru untuk komen nih.

Disebabkan tuan punya blog ini amatlah sibuk sekarang dengan pelbagai aktiviti, jadi setakat itu sahaja pengenalan kepada installing Facebook Comment tuh.Jika ingin tahu dengan lebih lanjut cara-caranya, boleh laa ke laman web ini untuk mengetahui langkah-langkah seterusnya.

Ada hal pada hari ini ... banyak betul EDUCATION FAIR dalam hari & waktu yang sama pulak tu.
  • FACON EDUCATION FAIR - KLCC
  • Karnival Pendidikan MARA (KPM) - PWTC
  • Education & Further Studies 32 - Mid Valley Exhibition Centre (MVEC)


  • Sesiapa yang nak komen dan bertanya tentang apa sahaja boleh laa komen di bawah ni ye :) Insya-Allah jika terdapat masa & kelapangan, tuan punya blog nih akan menjawab segala persoalan.Boleh juga bertanya di formspring gue di sebelah tu :D
    Cukuplah sekadar ini entri-ku pada hari ini.

    Wassalam.

    AiMaN AsYraF

    Read More …

    بسم الله الرحمن الرحيم
    السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته


    Setelah berminggu-minggu bersarang (outdated) dengan macam² laa habuk dkt blog ini, akhirnya tuan aku berjaya juga kembali untuk mengemaskini-ku.

    Asyik dengan artikel-artikel serta info semasa, hari ini tuan punya blog mahu menulis berkaitan dengan teknologi semasa pula.Dengan tidak menaip lebih panjang & memerah otak lagi, (tarik nafas) ... Let's type.

    Pada bulan lepas, Google Inc. telah melancarkan applikasinya untuk para pengguna Android (smartphone), iaitu "Blogger" Android App.Selepas ini, bagi sesiapa yang tiada masa untuk mengadap komputer 24/7, sibuk dengan kerjaya, boleh laa menggunakan applikasi ini untuk menulis blog sebagai 'quick post' di mana² sahaja, janji anda Wi-Fi, tetapi hanya kepada pengguna Android sahaja buat masa sekarang.

    Weyh ... camner tu nak wat?
    Erm, applikasi tersebut adalah Free & boleh dimuat turun daripada Android Market.Biasanya, terdapat 3 cara untuk memuat turun applikasi ke dalam mobile.

    1) Menggunakan QR Code Scanner


  • Bukak laa pape un jenis barcode scanner dalam applikasi android (jika tiada, bley laa cri & download di Market)
  • Halakan skrin phone ke arah screen monitor/laptop ke arah gambar tersebut untuk di-scan.
  • Anda akan terus redirect ke android market untuk memuat turunnya.

    2) Direct Download Link (DDL)

  • Cara ini memerlukan e-mail address.
  • Masukkan e-mail anda & anda akan menerima download link untuk pergi terus ke android market untuk memuat turun applikasi.
  • Terdapat banyak web yang menyediakan perkhidmatan ini.Contoh: AndroidZoom.

    3) Install secara manual di Android Market

  • Pergi ke Android Market menggunakan smartphone Android.
  • Cari applikasi yang ingin dimuat turun.
  • Selepas sahaja jumpa, boleh laa install terus untuk dimuat turun.

  • *Cara yang ke-3 bagi saya yang paling mudah sekali kerana mana-mana pun dia akan refer kat Market juga untuk proses muat turun & install*



    Haa ... inilah dia Blogger app for Android yang dikatakan itu.Malas nak cerita panjang² lagi ... biar gambar di bawah ini pula yang menceritakan segalanya.


    Ini bukan saya punyer ... huhu.










    Tujuan post ini juga bertujuan memberitahu & mengumumkan blog saya yang kedua yang akan di-update oleh tuan punya blog juga menggunakan app ini, Insya-Allah di mana-mana sahaja saya berada asalkan terdapat masa dan free Wi-Fi memandangkan sekarang ni Wi-Fi percuma ni sudah ada di mana-mana sahaja terutama sekali di pusat beli-belah.Jadi, boleh laa update blog ... hee.

    Owh! lupe lak ... blog tersebut akan dipost berkenaan dengan diri tuan punye blog sahaja sebagai diari ... kowt untuk masa lapang ketika jalan² & mengembara :)
    Jadi, blog ni lak tidak akan lagi cter sal diri tuan punye blog dan diri ini pun amatlah malas untuk bercerita tentang diri ini ... haha (ayat keling mane laa aku petik dalam minda ini)


    Jemputlah, Silalah ke blog ini ye ... masih lagi dalam perbaharuan & baru sahaja dibuat & ingin simple dimple sahaja :)

    http://ninja1x-mobile.blogspot.com


    Wassalam.
    AiMaN AsYraF

    Read More …

    بسم الله الرحمن الرحيم
    السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته




    Entri mengenai Karnival Pendidikan MARA 2011 atau MARA Education Carnival yang telah pun bermula pada 1 Mac yang lalu di Alor Setar.

    Kata Pengarah Kanan Mara, Mansor Puteh, "KPM 2011 itu juga sangat bermanfaat kepada lepasan sekolah khususnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang melanjutkan pelajaran".Melalui KPM 2011, para pelajar khususnya dapat bertemu secara langsung dengan wakil institusi yang mengambil bahagian untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai kursus yang diminati," kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.

    "KPM 2011 diharapkan dapat menjadi pusat sehenti kepada para pelajar dan ibu bapa untuk mengambil peluang meninjau maklumat tentang pendidikan dan latihan disediakan oleh MARA serta IPT lain".

    Karnival tahun ini juga lebih meriah dengan penyertaan IPT dari luar negara seperti United Kingdom, Australia, Perancis, Indonesia dan Mesir.

    "Penyertaan IPT dari negara tersebut adalah yang pertama tahun ini bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat tentang kursus yang ditawarkan di situ," katanya lagi.


    Bagi mengetahui karnival ini dengan lebih lanjut, bolehlah melayari laman web MARA & memuat turun segala info mengenai Karnival ini.

    MARA Education Carnival - Converging Interests & Opportunities.

    SUMBER
  • MARA
  • Utusan Online!


  • AiMaN AsYraF

    Read More …

    بسم الله الرحمن الرحيم
    السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته

    Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).
    (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


    Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W
    Ya Allah..lancarkanlah jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga dari seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi pada hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.والله اعلم


    Syamimi yg bermaksud "kesayanganku" , juga gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

    Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu & ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

    Akak ni memang diuji dengan sakit yg tidak diketahui apa puncanya sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

    Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

    Hari-hari yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg berterusan menyakiti diri. Diceritakan makhluk-makhluk halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor² pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

    Pagi Khamis itu, beliau berniat untuk hadir kuliyyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut.

    Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada Rasulullah s.a.w. sendiri..”

    Kemudian beliau pengsan. Sahabat² sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana. Waktu itu, sahabat²nya telah pun ‘forward message’ pada rakan² yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor² ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa-apa berlaku dengan izin Allah.

    Kira-kira jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

    Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira² 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanAllah...indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapakah orang ini? Cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu’alaikum, ana Rasulullah... " SubhanAllah...baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dengan jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)...Allahuakbar!

    Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata:
    QalAllahuta’ala; "InnaAllahama’ assobirin" (Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar).

    Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughah Arab, tapi diterjemahkan di sini); “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana...”

    Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah...Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya.

    Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam. Insya-Allah, kita semua akan berjumpa nanti...” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati..ummati..ummati..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

    Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tidak pernah bersua dengan Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? والله اعلم.


    Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan-rakan yang turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah..” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yang mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

    Ya Allah...ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas nikmat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

    Selesai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri untuk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

    Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yang biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yang hina ini, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..” Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau.

    Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali...” Subhanallah. Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabat yang mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.

    Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat-empat mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
    “Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yang diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.

    Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”


    Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.

    Subhanallah...waktu itu terus terasa seolah-olah tubuhnya yang sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;

    “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”

    Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

    Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk. Rakan-rakan sebiliknya pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah. Kemudian sahabat²nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah...dengan mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur kepada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan..

    Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk sahaja di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

    Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
    Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.

    Mencintainya suatu kemuliaan…

    Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

    Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (Surah al-Ahzab:56)

    (Kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)
    Sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W … banyakkanlah berselawat dan mendengar zikir..insya-Allah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak...والله اعلم

    Nota: Orang-orang yang bijaksana itu mengambil i’tibar. Justeru, ambillah pengajaran daripada kisah ini.
    SUMBER




    AiMaN AsYraF

    Read More …