Silence Creativity

Blogger

Powered by Blogger | Created and Maintained by »♫ ÃIḾÃ₦ çY®Ã₣ ♫«




بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته




Entri mengenai Karnival Pendidikan MARA 2011 atau MARA Education Carnival yang telah pun bermula pada 1 Mac yang lalu di Alor Setar.

Kata Pengarah Kanan Mara, Mansor Puteh, "KPM 2011 itu juga sangat bermanfaat kepada lepasan sekolah khususnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang melanjutkan pelajaran".Melalui KPM 2011, para pelajar khususnya dapat bertemu secara langsung dengan wakil institusi yang mengambil bahagian untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai kursus yang diminati," kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.

"KPM 2011 diharapkan dapat menjadi pusat sehenti kepada para pelajar dan ibu bapa untuk mengambil peluang meninjau maklumat tentang pendidikan dan latihan disediakan oleh MARA serta IPT lain".

Karnival tahun ini juga lebih meriah dengan penyertaan IPT dari luar negara seperti United Kingdom, Australia, Perancis, Indonesia dan Mesir.

"Penyertaan IPT dari negara tersebut adalah yang pertama tahun ini bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat tentang kursus yang ditawarkan di situ," katanya lagi.


Bagi mengetahui karnival ini dengan lebih lanjut, bolehlah melayari laman web MARA & memuat turun segala info mengenai Karnival ini.

MARA Education Carnival - Converging Interests & Opportunities.

SUMBER
  • MARA
  • Utusan Online!


  • AiMaN AsYraF

    Categories: ,