Silence Creativity

Blogger

Powered by Blogger | Created and Maintained by »♫ ÃIḾÃ₦ çY®Ã₣ ♫«





Keahlian Facebook Cecah 350 Juta Pengguna Seluruh Dunia


Tidak sampai 3 bulan lalu, Facebook mengumumkan jumlah keahlian mencecah 250 juta pengguna. Hari ini, Mark Zuckerberg, Pengasas Facebook telah mengumumkan bahawa seramai 350 juta pengguna internet memiliki akaun Facebook. Peningkatan 100 juta pengguna dalam hanya tempoh 3 bulan. Malah, laman komuniti sosial popular yang lain seperti Friendster hanya mempunyai 115 juta pengguna, tidak sampai separuh dari jumlah keahlian Facebook.

Kejayaan yang dikecapi Facebook cukup memberansangkan jika diambil kira usia yang baru menjangkau 5 tahun sejak ia mula-mula dicipta. Pada awalnya, ia hanya digunakan untuk pelajar Universiti Harvard dan kini ia boleh digunakan oleh pelajar-pelajar seluruh dunia tanpa mengira umur, gred, tahap pendidikan, bangsa dan agama dalam berkongsi ilmu pengetahuan. Ia kini juga digunakan sebagai medan berkongsi pengalaman harian dengan rakan-rakan dan juga pentas periklanan yang berpotensi besar.

Selain daripada itu, Facebook turut dilengkapi dengan berbagai-bagai aplikasi seperti kalender hari jadi, hadiah maya, dan juga permainan-permainan yang menarik seperti Farmvile, Yakuza Lords, CafeWorld dan Mafia Wars. Tahukah anda permainan Farmville dimainkan oleh seramai 77 juta pengguna Facebook ?. Ia dikatakan jumlah paling ramai pernah dicatatkan bagi permainan atas talian (online).

Buat masa ini, pengguna facebook dihubungkan melalui sistem yang dikenali sebagai sistem rangkaian serantau. Ini memudahkan pengguna mencari rakan-rakan mereka di dalam kawasan mereka, contohnya Malaysia. Namun begitu, sistem ini mempunyai hadnya sendiri memandangkan jumlah penggunanya yang semakin bertambah.

Sebagai langkah penyelesaian jangka masa panjang, Mark Zuckerberg telah mengumumkan sistem yang lebih baik mengantikan sistem rangkaian serantau yang diguna pakai sekarang. Beliau turut menjelaskan bahawa sistem baru tersebut masih dalam peringkat pembangunan dan dijangka siap pada tahun hadapan. Mark turut berjanji untuk meningkatkan tahap privasi pada akaun Facebook supaya ia lebih selamat untuk digunakan.

Namun begitu, oleh kerana Facebook didakwa menyebabkan penggunanya leka dan ada kalanya menyebabkan ketagihan, ada syarikat mahupun agensi kerajaan melarang kakitangan mereka mengakses Facebook semasa waktu bekerja. Dan ada juga menyekatnya secara terus. Walaubagaimanapun, selaras dengan kemajuan teknologi, Facebook kini boleh diakses bukan sahaja melalui komputer semata-mata, ia turut boleh diakses melalui telefon bimbit pintar melalui sambungan 3G mahupun WiFi.

Mark Zuckerberg, Pengasas dan CEO Facebook Inc.

Rekaan asal Facebook pada mula-mula dilancarkan sekitar 5 tahun dahulu

Rupa Facebook pada hari ini

Farmville, aplikasi permainan yang paling popular di Facebook dengan 77 juta pemain seluruh dunia
sumber: apesaje.tk, Wikipedia, Softpedia News

Categories: