Silence Creativity

Blogger

Powered by Blogger | Created and Maintained by »♫ ÃIḾÃ₦ çY®Ã₣ ♫«





Taman Tema Ferrari World Akan Dibuka Tahun Depan...


Betul...Dan ini adalah berita yang amat baik kepada peminat kereta mahupun pasukan Ferrari.Malangnya, ia bukannya dibina di Malaysia, tetapi di Yas Island, Abu Dhabi.Taman tema yang dibina khas atas jenama Ferrari merupakan yang pertama di dunia. Dan bukan itu sahaja, ia akan menjadi taman tema indoor yang terbesar di dunia apabila dibuka kepada umum kelak.


Taman Tema Ferrari atau lebih dikenali sebagai Ferrari World Abu Dhabi dimiliki sepenuhnya oleh Aldar Properties PJSC dan akan diuruskan oleh Farah Leisure Parks Management L.L.C dengan kerjasama Aldar Properties PJSC dan ProFun Management Group Inc.

Skala pembinaan taman tema ini ternyata amat menakjubkan. Dengan keluasan 4,843,759 kaki persegi, anda sendiri boleh bayang betapa luasnya Ferrari World Abu Dhabi ini. Bukan itu sahaja, komponen pembinaan yang paling menarik sekali ialah bumbung bangunan taman tema tersebut.Diinspirasikan oleh bentuk badan jentera Ferrari GT dengan bertemakan warna merah serta logo Ferrari di tengah-tengahnya.Ia merupakan logo Ferrari yang terbesar pernah dibuat.


Pembina Ferrari World Abu Dhabi juga menjanjikan keseronokkan yang tiada bandingan dan tidak boleh didapati di mana-mana taman tema terkemuka yang lain.Di mana lagi anda boleh mencuba jentera hebat Ferrari dan memecut di litar laju yang dibina khas?.Sudah tentu hanya di sini.

Jika anda tidak boleh memandu selaju Ferrari, mungkin anda boleh bergerak selaju jentera hebat tersebut.Ferrari World Abu Dhabi turut bakal mempunyai 3 permainan yang mendebarkan.

  • Dibina di Yas Island, Abu Dhabi.
  • Merupakan taman tema indoor yang terbesar di dunia.
  • Bumbung bangunan taman tema tersebut diinspirasikan oleh bentuk badan jentera Ferrari GT dengan bertemakan warna merah serta logo Ferrari di tengah-tengahnya.
  • Ferrari World Abu Dhabi turut bakal mempunyai 3 permainan yang mendebarkan iaitu Drop Tower, Emotion Coaster dan F1 Coaster.
  • Turut mempunyai kompleks membeli-belah ekskusif jenama Ferrari seluas 1300 m2.
  • Restoran yang menyajikan makanan bertemakan Maranello dan juga makanan itali seperti pizza dan pasta turut dibina.


  • Pertama ialah Drop Tower, di mana dengan setinggi 62 meter, ia akan membawa pengunjung naik dan turun dengan pantas sekaligus membolehkan pengunjung merasai sendiri tekanan G seperti yang dialami oleh pemandu F1.

    Kedua ialah dual launched roller coaster yang juga dikenali sebagai Emotion Coaster. Dan yang paling menarik sekali ialah F1 Coaster.Menurut pembina Ferrari World Abu Dhabi, ia merupakan roller coaster yang terpantas di dunia. Ia boleh memecut sehingga kelajuan maksimum 200km/j.

    Sudah puas berhibur, pengunjung boleh membeli-belah di kompleks membeli-belah ekskusif jenama Ferrari seluas 1300m2. Turut disediakan ialah ruang khas untuk kanak-kanak bermain. Tidak lupa juga restoran yang menyajikan makanan bertemakan Maranello dan juga makanan itali seperti pizza dan pasta.


    Apa pun, ada yang sudah menjangkakan harga tiket masuk ke taman tema ini tidak begitu murah. Walaubagaimanapun, pengalaman yang tidak boleh didapati di mana-mana taman tema yang lain pasti akan menarik pengunjung terutamanya warga Abu Dhabi dan pelancong sekitarnya untuk mengunjungi taman tema yang amat menakjubkan ini.

    Siapa tahu, Malaysia boleh menjadi tuan rumah untuk taman tema pasukan Lotus F1 suatu hari nanti.Apa pun, mari lihat gambar-gambar Ferrari World di bawah.Jangan lupa untuk beri komen.
    SUMBER : apesaje.tk, Ferrari World Abu Dhabi, Wikipedia

    Permandangan dari dalam bangunan

    Bumbung yang menakjubkan

    F1 Coaster, terpantas di dunia

    Gambaran artis apabila Ferrari World siap kelak


    Categories: