Silence Creativity

Blogger

Powered by Blogger | Created and Maintained by »♫ ÃIḾÃ₦ çY®Ã₣ ♫«





Kumbang Cyborg Pertama Di Dunia


Kumbang ini bukanlah separuh kumbang, separuh robot.Tetapi ia sebenarnya ialah sejenis kumbang yang diletakkan cip elektronik di atas badannya bagi mengawal pergerakan kumbang tersebut. Projek yang ditaja oleh US Defense Advanced Research Projects Agency ini telah diusahakan oleh sekumpulan saintis dari Universiti California di Berkeley, Amerika Syarikat.

Ujian baru-baru ini menyaksikan mereka berjaya 'menerbangkan' kumbang tersebut serta mengawalnya dengan alat kawalan jauh.

Menurut saintis yang terlibat dalam projek ini, Michel Maharbiz dan Hirotaka Sata, cip elektronik tersebut dihubungkan dengan haiwan tersebut melalui beberapa elektrod yang ditanam pada badannya. Menerusi cip tersebut, mereka berjaya mengawal otot kumbang tersebut tanpa membunuhnya. Manakala isyarat dihantar ke alat kawalan jauh menerusi dwi antena yang dipasangkan bersama-sama dengan cip tersebut.

Dengan keupayaan nanoteknologi yang ada pada hari ini, kita berjaya mengawal sistem saraf haiwan tersebut bagi mengambil alih pergerakannya, tambah Professor Sharkey, salah seorang saintis dari kumpulan penyelidik tersebut.

  • Projek ini ditaja oleh US Defense Advanced Research Projects Agency.
  • Mereka berjaya 'menerbangkan' kumbang tersebut serta mengawalnya dengan alat kawalan jauh.
  • Sebelum ini, mereka berjaya mengawal pergerakan lipas dengan kaedah yang sama.
  • Kejayaan mengawal hidupan yang boleh terbang merupakan satu kelebihan besar terutamanya bagi teknologi ketenteraan.


  • Ini sebenarnya bukanlah kali pertama kajian seumpanya pernah dilakukan. Sebelum ini, mereka berjaya mengawal pergerakan lipas dengan kaedah yang sama. Namun begitu, kejayaan mengawal hidupan yang boleh terbang merupakan satu kelebihan besar terutamanya bagi teknologi ketenteraan.

    Apa pun, impian untuk melihat kumbang cyborg ini beraksi sebagai pengintip tentera masih lagi jauh untuk dicapai. Malah, kumbang sebesar tapak tangan diperlukan untuk mengangkut cip elektronik di belakangnya.

    Dengan saiz sebegitu besar sudah pasti tidak sesuai untuk tujuan pengintipan akan tetapi difahamkan mereka sedang berusaha mengecilkan cip elektronik tersebut supaya boleh dipasang pada haiwan yang lebih kecil.
    sumber: apesaje.tk, Wikipedia, Utusan, AP

    Perbandingan saiz kumbang cyborg dengan sekeping duit syiling

    Categories: