Silence Creativity

Blogger

Powered by Blogger | Created and Maintained by »♫ ÃIḾÃ₦ çY®Ã₣ ♫«





Makan Perlahan Elak Tambah Berat Badan...

Pernah anda dengar kata-kata 'sila nikmati makanan anda'? Tahukah anda bahawa ungkapan itu bukanlah omongan kosong semata-mata mahupun sebagai penyedap kata sebelum menikmati juadah yang ada. Baru-baru ini, kajian saintifik telah mendapati memakan dengan perlahan sambil menikmati makanan bukan sahaja membolehkan seseorang merasai keenakan makanan tersebut malah ia juga terbukti mengelakkan pertambahan berat badan.

Ini disebabkan satu tempoh masa diperlukan oleh tubuh badan manusia untuk menyampaikan isyarat ke otak jika seseorang itu sudah kenyang. Ini juga bermakna seseorang yang makan dengan terlalu cepat, kemungkinan untuk makan secara berlebihan amat tinggi sebelum otak menerima isyarat dari badan mengatakan sudah kenyang.

Menurut Dr. Alexander Kokkinos dari Laiko General Hospital di Athens, Greece, tubuh badan manusia memerlukan sekurang-kurang 12 minit untuk isyarat kenyang dihantar ke otak yang kemudiannya memberitahu kita untuk berhenti makan. Tempoh 12 minit itu untuk orang dengan saiz normal, bagi seseorang yang mengalami obesiti, tempoh masa 20 minit diperlukan, tambah Dr. Alexander lagi.

  • Tempoh masa diperlukan oleh tubuh badan manusia untuk menyampaikan isyarat ke otak jika seseorang itu sudah kenyang.
  • Tubuh badan manusia memerlukan sekurang-kurang 12 minit untuk isyarat sudah kenyang dihantar ke otak yang kemudiannya memberitahu kita berhenti makan.
  • Seseorang yang mengalami obesiti, tempoh masa 20 minit diperlukan.



  • Keadaan ini diburukkan lagi dengan kehidupan manusia hari ini yang amat mementingkan masa. Semua orang mahukan melakukan sesuatu perkara dengan cepat. Ini termasuk tabiat pemakanan mereka. Apa yang berlaku kini, mereka memakan dengan terlalu cepat, sehinggakan badan tidak sempat menerima isyarat kenyang untuk berhenti makan.

    Ini menyebabkan mereka terlebih mengambil makanan dan ditambah lagi dengan budaya hidup yang kurang bersenam, ia pasti menambahkan berat badan.

    Meskipun kajian ini hanya melibatkan jumlah subjek yang kecil, tetapi mesej yang cuba dibawakan kepada orang ramai ialah, makan dengan perlahan dan nikmatinya kerana memakan dengan cepat ternyata tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada kesihatan.
    SUMBER : apesaje.tk, Live Science, Softpedia News

    Categories: