Silence Creativity

Blogger

Powered by Blogger | Created and Maintained by »♫ ÃIḾÃ₦ çY®Ã₣ ♫«




"Orang Pendek" Dikesan Di Indonesia... Apakah "Orang Pendek" Sebenarnya ?


Sepasukan empat pengembara Britain mendakwa melihat mawas hutan di Sumatera yang dikenali sebagai "orang pendek" di Indonesia baru-baru ini.

Makhluk tersebut yang terkenal kerana saiz kecil itu dijumpai di tengah hutan tebal Taman Negara Kerinci di Pulau Sumatera baru-baru ini.

Mereka yang dibantu seorang penunjuk arah tempatan turut membawa pulang sampel sehelai rambut untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Mawas itu dipercayai amat kuat kerana penduduk pernah melihatnya mengoyakkan kayu balak.

Tapak kaki mawas itu turut ditemui.

Photobucket
Tapak Kaki Yang Dipercayai Milik "Orang Pendek"


Saksi-saksi menggambarkan mawas itu yang ditemui di sekitar Tasik Gunung Tuju yang memiliki ketinggian 1.5 meter dan berjalan dengan menggunakan dua kaki.

"Orang pendek" yang sukar dijumpai itu dipercayai hidup berkongsi habitat bersama dengan haiwan liar termasuk harimau Sumatera, ular sawa dan buaya air masin.

Pasukan pengembara dari Pusat Zoologi Fotean yang berpusat di Devon, England itu menjalankan misi selama dua minggu di hutan tersebut.

Apakah Sebenarnya "Orang Pendek" ?

"Orang Pendek" merujuk kepada primat yang seakan-akan mawas yang mempunyai ketinggian yang rendah dan berbulu lebat. Ia kerap kali dikesan di hutan hujan tropika di Asia Tenggara terutamanya di hutan kepulauan Sumatera.

Sehingga hari ini, belum ada lagi sebarang dokumentasi lengkap mengenai kewujudan "Orang Pendek", walaupun begitu, laporan demi laporan yang dibuat oleh penduduk tempatan mempunyai konsistensi terhadap karakteristik "Orang Pendek". Menurut saksi-saksi yang melaporkan sebelum ini, "Orang Pendek" mempunyai ciri seperti:

  • Bentuk fizikal seperti seekor mawas
  • Ketinggian sekitar 50cm hingga 150cm
  • Berjalan di atas kedua kakinya. Cara ia berjalan tidak ubah seperti manusia (berjalan dengan tubuh badan menegak)
  • Berbulu lebat dan berwarna gelap
  • Cekap memanjat pokok seperti monyet


  • Photobucket
    Gambaran Ketinggian dan Cara "Orang Pendek" Berjalan


    Kewujudannya "Orang Pendek" telah mula diceritakan sejak ratusan tahun dahulu terutamanya dikalangan penduduk kampung yang kerap terserempak dengan haiwan tersebut di dalam hutan. Malah pada awal abad ke-20 semasa penjajahan Belanda di Sumatera, ada beberapa pegawai kanan kerajaan Belanda yang mendakwa pernah melihat haiwan tersebut ketika kerja-kerja lapangan di kawasan pedalaman.

    Siri Kajian Saintifik Dalam Mencari Bukti Kewujudan "Orang Pendek"

    Misteri kewujudan "Orang Pendek" turut mengundang Debbie Martyr, seorang penyelidik untuk melakukan kajian dan dokumentasi terperinci dengan dibiayai oleh Pertubuhan Flora & Fauna International. Kajian yang bermula pada sekitar 1990-an dan berlangsung selama 15 tahun menggunakan kaedah pemasangan kamera sensitif kepada pergerakan di dalam hutan Kerinci.

    Malang sekali, kajian tersebut gagal mengambil sebarang gambar "Orang Pendek" melainkan beberapa kehidupan hutan yang biasa kelihatan termasuklah harimau sumatera yang diancam kepupusan.

    Satu lagi kajian yang dilakukan pada sekitar 2001-2003 oleh Adam Davies, Andrew Sanderson dan Keith Townley di hutan yang sama juga tidak berjaya mengambil gambar "Orang Pendek". Namun begitu, mereka membawa balik tapak kaki dan bulu dipercayai milik haiwan tersebut.

    Photobucket
    Sampel Tapak Kaki Yang Dipercayai Milik "Orang Pendek"


    Analisa pada sampel tapak kaki dan bulu telah dijalankan oleh Pakar Biologi Primat mendapati sampel tersebut disahkan:

  • milik kepada spesis beruk
  • memiliki gabungan ciri-ciri jibon, cipanzi, orang utan dan juga manusia.


  • Apa yang menarik ialah, analisa tersebut gagal menyamakan sampel dengan mana-mana spesis primat yang ada di muka Bumi ini sekaligus menguatkan andaian ia mungkin spesis yang masih belum ditemui mahupun dikenal pasti.

    Kekurangan bukti mengenai "Orang Pendek" telah mengundang National Geographic untuk melakukan kajian bermula pada September 2005 dan kini ia masih sedang dijalankan.
    sumber: Apesaje.tk, Kosmo, Wikipedia

    Categories: