Silence Creativity

Blogger

Powered by Blogger | Created and Maintained by »♫ ÃIḾÃ₦ çY®Ã₣ ♫«





Klinik Komuniti 1MALAYSIA - Hadiah Untuk Rakyat

Pada pembentangan bajet 2010 pada 23 Oktober 2009 yang lalu, ramai yang sedia maklum dengan insentif serta bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat. Tetapi apa yang paling menarik ialah idea mewujudkan Klinik Komuniti 1Malaysia yang akan dibina di seluruh negara tidak lama lagi.

Tidak dapat dinafikan, idea Klinik 1Malaysia merupakan elemen yang paling menarik di dalam pembentangan bajet tersebut. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Bin Tun Razak, sejumlah RM 10 juta diperuntukkan bagi membina 50 Klinik Komuniti 1Malaysia di kawasan terpilih terutamanya di bandar.

Pihak kerajaan akan menyewa bangunan-bangunan kedai atau pun lot-lot kosong di kawasan perumahan rakyat bagi menempatkan Klinik Komuniti 1Malaysia. Apabila ia siap kelak, klinik tersebut akan beroperasi dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Jika diperhatikan, konsep operasinya sama seperti klinik komuniti yang sedia ada seperti contoh yang paling hampir, Klinik kesihatan yang dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Ia akan dikendalikan oleh beberapa orang Penolong Pegawai Perubatan dan mungkin seorang Pegawai Perubatan. Tidak seperti di hospital, ia hanya khusus untuk rawatan bagi kes-kes kecil seperti demam, selsema dan kecederaan ringan.

Berita baiknya ialah, caj yang dikenakan sama seperti klinik kerajaan yang lain. Ini pastinya melegakan ramai orang terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah. Lebih menarik lagi, tiada sebarang caj akan dikenakan bagi pesakit yang terpaksa dikejarkan ke hospital jika pesakit memerlukan rawatan lebih lanjut. Sebelum ini, orang ramai tidak mempunyai alternatif selain mendapatkan rawatan di klinik swasta yang pastinya akan dicaj sekitar RM40 walaupun bagi demam biasa.

Selain itu, kewujudan klinik ini juga pastinya mampu untuk mengurangkan jumlah pesakit yang datang ke hospital hanya untuk untuk mendapatkan rawatan bagi sakit biasa.

  • Sejumlah RM 10 juta diperuntukkan bagi membina 50 Klinik Komuniti 1Malaysia di kawasan terpilih terutamanya di bandar.
  • Apabila ia siap kelak, klinik tersebut akan beroperasi dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
  • Ia akan dikendalikan oleh beberapa orang Penolong Pegawai Perubatan dan mungkin seorang Pegawai Perubatan.
  • Khusus untuk rawatan bagi kes-kes kecil seperti demam, selsema dan kecederaan ringan.



  • Jika diperhatikan, ramai yang mengadu bayaran yang dikenakan di klinik-klinik swasta semakin mahal. Oleh itu, dengan adanya Klinik Komuniti 1Malaysia pastinya akan meringankan beban yang dialami mereka sejajar dengan slogan 1Malaysia, "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

    Walaubagaimanapun, masih ada penambahbaikan yang boleh dilakukan ke atas idea Klinik Komuniti 1Malaysia ini. Antaranya:

  • Klinik Komuniti ini diperluaskan ke seluruh negara terutamanya di kawasan luar bandar.
  • Tempoh operasinya dipanjangkan kepada 24 jam sama ada untuk semua klinik atau sekurang-kurangnya klinik-klinik yang terpilih.
  • Menempatkan pegawai perubatan bagi mengantikan penolong pegawai perubatan dalam merawat pesakit. Ini memastikan kualiti rawatan yang diberikan.
  • Caj yang dikenakan ialah RM 1.00 pada masa ini di klinik-klinik kerajaan dimansuh terus kerana ia tidak membawa kesan yang besar kepada perkhidmatan yang diberikan.



  • Semoga Klinik Komuniti 1Malaysia akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia apabila ia dibuka kelak.
    sumber: apesaje.tk, Bajet 2010, Utusan, Metro

    Categories: