Silence Creativity

Blogger

Powered by Blogger | Created and Maintained by »♫ ÃIḾÃ₦ çY®Ã₣ ♫«




Sepang Golden Palm Tree Water Villas...


Anda pasti mengenali pulau pokok palma yang terkenal di Dubai.Dan tahukah juga anda yang anda tidak perlu ke Dubai untuk mengenalinya kerana di Malaysia juga akan terbinanya pusat percutian yang seakan-akan pulau pokok palma.Sepang Golden Palm Tree Water Villas terletak di pantai Bagan Lalang, iaitu kurang 2 jam memandu dari pusat bandaraya Kuala Lumpur.Ia merupakan sebahagian dari rancangan pembangunan Sepang Gold Coast.

Pemandangan Sepang Golden Palm Tree Water Villas Dari Udara


Sama seperti pulau pokok palma di Dubai, Sepang Golden Palm Tree Water Villas juga menyerupai bentuk pokok palma.Namun begitu, ia tidak dibina di atas pulau buatan.Ia merupakan struktur yang dibina atas tiang-tiang yang ditanam pada dasar pesisiran pantai.Difahamkan ia merupakan struktur pertama & satu-satunya yang dibina dengan kaedah ini di dunia.

Pembinaannya mengambil kawasan seluas 5000 hektar dengan villa mengunjur sejauh 1.5 km ke Selat Melaka. Pusat peranginan ini bakal siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini dan bakal dibuka kepada pelancong pada April 2010 dan Ia bakal menjadi tarikan perlancongan terbaru di negara kita.

Untuk pengetahuan anda, Sepang Golden Palm Tree Water Villas dibangunkan oleh pemaju Developer Sepang Goldcoast Sdn Bhd dengan kerjasama Pemodalan Nasional Berhad (PNB) dan Sepang Bay Sdn Bhd. Menurut pihak pemaju, mereka sama sekali tidak mengabaikan aspek alam sekitar dengan berkerjasama rapat dengan Persatuan Alam Sekitar Malaysia supaya impak pada persekitaran di pesisiran pantai adalah minimum.

Unit-Unit Villa Yang Telah Siap & Masih Dalam Pembinaan


  • Merupakan struktur pertama dan satu-satunya yang dibina dengan kaedah ini di dunia.
  • Bekerjasama rapat dengan Persatuan Alam Sekitar Malaysia supaya impak pada persekitaran di pesisiran pantai adalah minimum.
  • Golden Palm Water Villas bakal mempunyai 393 unit villa, boulevard, spa, clubhouse, dan 2 buah restoran yang bakal menyajikan makanan laut yang segar dari Selat Melaka.
  • Ia juga dilengkapi dengan bilik mesyuarat dan sebuah dewan besar yang boleh memuatkan sehingga 1000 orang



  • Apabila ia dibuka kelak, Sepang Golden Palm Tree Water Villas bakal mempunyai 393 unit villa, boulevard, spa, clubhouse, dan 2 buah restoran yang bakal menyajikan makanan laut yang segar dari Selat Melaka. Ia juga dilengkapi dengan bilik mesyuarat dan sebuah dewan besar yang boleh memuatkan sehingga 1000 orang, amat sesuai bagi kegunaan majlis perkahwinan ekslusif mahupun untuk syarikat-syarikat yang ingin melakukan bengkel-bengkel kerja.

    Permandangan Interior Unit Contoh Villa Sepang Golden Palm Water Villas


    Lebih menarik lagi, pihak pemaju juga telah mula menjual unit-unit villa bagi sesiapa yang berminat untuk membuat pelaburan dari harga RM571,815 bagi keluasan 570 kaki persegi sehingga RM2.45 juta bagi unit berkeluasan 2,422 kaki persegi.

    Masterplan


    SUMBER : iproperty, sepanggoldcoast.com

    Categories: