Silence Creativity

Blogger

Powered by Blogger | Created and Maintained by »♫ ÃIḾÃ₦ çY®Ã₣ ♫«





Jumaat, 7 Ogos 2009

Setelah selesainya persekolahan dan Solat Jumaat, maka bermulalah aktiviti perkhemahan bomba yang diadakan di Balai Bomba & Penyelamat (BBB).Seingat aq laa, seramai 27 orang sahaja yang menyertai aktiviti perkhemahan tersebut termasuk diri aq sendiri, yang terbahagi kepada 13 orang kadet puteri & 14 orang kadet putera.

Setibanya kami di sana bertumpangkan bas sekolah, seperti biasa, ambil barang dan pergi mendaftar ataupun melaporkan diri ke tempat pendaftaran.Setelah selesai pendaftaran, kami pergi mengambil alatan perkhemahan yang telah disediakan oleh pihak sekolah dan mula sesi pemasangan khemah untuk didiami selama 3 hari 2 malam di padang.

Sehabisnya memasang khemah, kami diberi penerangan serba sedikit mengenai aktiviti perkhemahan ini & sebagainya...Pada waktu malam pula, kami telah dibahagikan kumpulan kepada 4 pasukan, R.I.M. , S.C.U.B.A. , MUST TEAM & HAZMAT.Kumpulan saya, iaitu "Self-Contains Underwater Breathing Apparatus" ataupun lebih mudah dikenali sebagai "S.C.U.B.A."
mempunyai 7 orang anggota.Semua kumpulan telah diberi tugas untuk mencipta logo serta moto mereka masing-masing.

Sabtu, 8 Ogos 2009

Hari inilah merupakan hari klimaks sepanjang aktiviti ini dijalankan.Kami dikejutkan oleh pegawai bomba pada jam 5 pagi untuk bersiap sedia dan memulakan aktiviti pada jam 0650 dengan penuh paksa rela & semangatnya.Program yg dijalankan pada pagi itu ialah program "Bomba Cergas".Sebelum kami memulakan aktiviti ini, kami disuruh untuk menyanyikan lagu bomba, Negaraku, Selangor & sekolah terlebih dahulu.Kemudian, kami disuruh untuk berjoging mengelilingi balai bomba & seterusnya menjalankan sedikit program kawad kaki.

Pada waktu tengah hari pula, kami terlibat dalam aktiviti kawad hos.Banyak teknik & pengalaman baru yg saya perolehi semasa menjalankan aktiviti ini seperti cara bagi membawa hos, membentangkan hos & sebagainya.

Tiba waktu petang pula, kami dikerahkan dengan aktiviti lasak yang mencabar.Setiap kumpulan lelaki diberi tugas untuk membawa hos & bendera kumpulan masing-masing dari tempat permulaan sehingga akhir tanpa meletakkannya ke atas tanah.Selain itu, perjalanan kami terdapat bermacam-macam halangan yang perlu ditempuhi dan jika gagal, kami perlu mengulang semula perjalanan kami dari mana tempat yg dikenakan kesalahan tersebut.Kumpulan saya, iaitu S.C.U.B.A. telah dapat menghabiskannya dengan mudah sekali walaupun bukanlah semudah yang disangkakan, tetapi kumpulan saya telah berjaya dengan cemerlangnya.

Pada waktu malam pula, setiap kumpulan diarahkan untuk menyediakan satu persembahan sempena majlis kebudayaan bagi mengisi waktu lapang kami serta mengeratkan lagi hubungan dengan anggota-anggota kumpulan masing-masing.Mujurlah segala persembahan kami semua dapat dipersembahkan dengan jayanya.

Setelah selesai membuat persembahan, kami perlu menduduki peperiksaan bomba yang diadakan di dalam dewan kuliah.Terdapat 100 soalan yang kami perlu jawab dengan cemerlangnya demi mendapatkan sijil yg amat sukar dicari.Hari ini merupakan hari yang amat memenatkan bagi kami semua kerana penuh dengan aktivi & program yang mencabar.Tidak cukup setakat itu sahaja, kami perlu mengahadapi satu lagi program pada hari yg amat meletihkan ini, iaitu "Rumah Asap".

Jam meunjukkan pukul 12:30 tengah malam (rasenyer laa...x berapa ingat), namun kami masih lagi terpaksa menghadapi program ini dengan wajah yg ceria, walaupun sebenarnya kami dalam keletihan yang amat serta sangat mengantuk ketika itu.Berpandukan tali pandu yang diberikan, kami perlu melalui jalan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar mahupun yang halus disebabkan kegelapan yg menutupi cahaya.

Setelah selesai program ini, maka berakhirlah hari yg amat meletihkan ini.Kami pulang semula ke khemah masing-masing pada jam 0200 hari Ahad.

Ahad, 9 Ogos 2009

Hari ini merupakan hari terakhir kami di balai bomba ini.Pada hari ini, kami tidak dikenakan aktiviti-aktiviti yang lasak dan mencabar lagi, tetapi hanya aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan balai bomba itu serta mengemas semula semua peralatan yang telah digunakan sepanjang program ini berlangsung.Selepas itu, kami dikerahkan untuk mengemas semula segala barangan, pakaian & peralatan kami dan khemah masing-masing kerana sudah tiba masanya untuk kami pulang semula ke destinasi masing-masing.

Sebelum kami bersurai, kami mempunyai satu lagi majlis, iaitu majlis penutup.Setiap kumpulan mendapat hadiah mereka masing-masing atas kejayaannya sepanjang perkhemahan ini berlangsung.Kami memulakan perjalanan kami ke sekolah semula pada jam 1310 dengan menaiki bas sekolah.Walaupun kami keletihan, namun kami mendapat ilmu dan pengalaman baru.

Setibanya kami di sekolah, saya pun turun dari bas...& menuju ke perhentian bas untuk pulang ke rumah.Saya berasa amat mengantuk ketika itu sehinggakan saya tertidur dalam bas disebabkan keletihan & sangat mengantuk.Saya tiba di rumah dengan selamatnya pada jam 1430.

Wassalam ;)

Categories: