Silence Creativity

Blogger

Powered by Blogger | Created and Maintained by »♫ ÃIḾÃ₦ çY®Ã₣ ♫«




Hari ni merupakan hari yg amat penat bagiku.Bertolak dari pukul 8:30 pagi dan sampai ke rumah semula jam 10:15 malam.Pelbagai rancangan aku buat di Klang ni untuk mengisi masa aku di sana.

Seperti dulu gak, kene tunggu bas dari rumah untuk ke stesen keretapi di UKM dan beli tiket ke Klang.Tiba dekat KL Central, pindah ke keretapi lain pula menuju ke Pelabuhan Klang.Bila nampak je stesen Klang, keluar dari tren dan menuju ke stesen bas Klang pula untuk naik bas ke Sri Andalas.

Setibanya di rumah Ideen, macam dulu gak, masuk rumah dan bual-bual...bla3.
Selepas beberapa ketika, aku membuat keputusan untuk pergi jenguk jap rumah lama di Klang ni...ingin melihat keadaan sekitar serta mahu mengutip surat-surat yang bertimbun dalam peti surat rumah lama ni.Selepas tu, terasa macam nak gi makan pula di gerai Sri Damak ni.Sudah lama aku tidak merasai nasi ayam kelana kt sana.

Habis makan je, aku kene jalan kaki pula ke rumah Ideen balik untuk sambung konversasi.Apabila jam menunjukkan pukul 5:20 petang, kitorang bercadang ingin ke Taman Rakyat sekejap, padahal waktu tu sepatutnya aku dah kene balik dah ke Kajang...dah lambat sangat...taram je laa.
Apabila aku tiba je di Taman Rakyat dengan menaiki basikal je , kitorang gi laa jalan-jalan sambil menghirup udara segar...dah lama tidak datang ke situ...sudah bertahun lamanya.Selain itu, dapat gak bertemu dengan rakan lama di sana...Aiman Akmal, Asyraf Wahid, Amirul Zameer dan Amirul Aswad.Pertemuan aku dengan mereka hanyalah sekejap kerana aku perlu segera balik rumah dalam pukul 6 petang.Aku juga sempat berlumba dengan Ideen menuju ke rumahnya untuk mengambil barang aku kat sana.

Selepas aku ambil barang aku kat rumah Ideen, aku terus ke stesen bas di depan Hospital Klang tu untuk ambil bas menuju ke Bandar Klang dan seterusnya ke stesen keretapi Klang.Waktu itu memang dah lambat.Aku mula naik tren jam 6:50 petang dan mujurlah ada tempat duduk dalam tren tu...aku dah laa penat tak terkata waktu itu.Aku terus duduk dalam tren sambil mendengar MP3 sehingga tertidur dalam tren disebabkan terlalu penat + mengantuk.
Setibanya aku di KL Centaral jam 7:50 malam, aku terus keluar dari tren dan solat Maghrib di sana.Pada jam 8:53 malam, aku terus turun ke bawah dan naik tren menuju ke stesen Seremban.Aku malas nak citer banyak....bila sampai je di Stesen Kajang, aku keluar dari tren dan gi ke Bandar Kajang untuk ambil bas di sana.Setelah penat berjalan kaki, aku singgah jap kat kedai untuk beli minuman dan sedikit makanan.

Suasana malam di bandar semakin lama, semakin sunyi dengan kepulangan orang awam ke rumah masing-masing untuk merehatkan diri.Aku masih lagi di perhentian bas, menunggu bas dengan kesabaran dan keletihan.Namun fikiranku berkata bahawa bas yang ingin aku naiki sudah tiada lagi pada waktu cam ni.Sepatutnya aku ikut cakap ayah aku ni supaya ambil teksi je, tetapi disebabkan mahal bayarannya, aku ubah fikiran untuk ambil bas.

Setelah lama menunggu bas ni, aku membuat keputusan untuk menaiki bas Rapid KL U40, iaitu bas yang menuju ke Terminal Bas Kajang, kawasan di mana rumahku berada.Walaupun mahal sedikit tambangnya daripada bas yang sepatutnya aku naik tetapi lebih murah daripada teksi serta lebih lapang disebabkan kurangnya penumpang dalam bas tu pada waktu cam ni serta mempunyai tv... :)

Selang beberapa belas minit kemudian, aku sampai gak di Terminal Bas Kajang pada jam lebih kurang 10:10 malam.Selapas tu, aku terus berjalan menuju ke rumah aku dan manamatkan pengembaraan aku pada jam 10:15 malam.
Wassalam ;)

Categories: