Silence Creativity

Blogger

Powered by Blogger | Created and Maintained by »♫ ÃIḾÃ₦ çY®Ã₣ ♫«





RON 95, Apa yang perlu anda tahu ???


Seperti yang anda tahu, kerajaan telah mengumumkan harga baru bagi minyak petrol berkuatkuasa 1 September. Minyak RON95 akan dijual pada harga RM1.80 seliter, naik 5 sen daripada harga ia mula-mula diperkenalkan untuk tempoh percubaan.

Dalam masa yang sama, harga bagi minyak RON97 dinaikkan dari RM1.80 seliter sekarang kepada RM 2.05 seliter dan dijadikan sebagai gred premium.

Kenapa menaikkan harga Minyak RON97 ?

Menurut sumber, minyak RON97 merupakan minyak bergred premium dan kebanyakkan kereta hari ini tidak memerlukan minyak gred setinggi itu. Difahamkan Enjin Campro keluaran Proton boleh menggunakan minyak gred RON95 tanpa sebarang masalah. Oleh itu, penjimatan dari menaikkan harga minyak RON97 boleh digunakan untuk menampung subsidi minyak RON95 yang lebih standard untuk kebanyakkan kenderaan sekarang.

Apakah yang membezakan antara RON95 dan RON97 ?

RESEARCH OCTANE NUMBER atau singkatannya ialah RON ialah ukuran bagi ketahanan bahan api daripada ketukan enjin (engine knocking). Ketukan enjin terjadi apabila campuran udara dan minyak di dalam silinder meletup sedikit sebelum sampai ke ruang pembakaran dan penyalaan sepatutnya oleh palam pencucuh sebelum proses pembakaran yang sepatutnya menyebabkan 'performance' kereta merosot. Dalam erti kata lain, ia adalah pembakaran pra-matang.

Secara ringkas, lebih tinggi gred sesuatu minyak, lebih tinggi rintangannya kepada ketukan enjin.

Adakah penggunaan minyak RON yang lebih rendah menyebabkan prestasi enjin merosot ?

Harus diingatkan bahawa nilai oktana tidak ada kaitan dengan kandungan tenaga di dalam bahan api, ataupun kelajuan bagi api palam pencucuh untuk sampai merentasi kebuk pembakaran. Ia hanya ukuran ketahanan bahan api terhadap nyalaan sendiri.

Oleh itu, ia sepatut tidak menjejaskan prestasi enjin. Namun begitu, jumlah bahan tambahan (additives) yang dicampurkan ke dalam minyak petrol mungkin memberi sedikit kelebihan seperti membersihkan enjin untuk memberikan kuasa yang optimum.

RON 95 lebih mesra alam ?

Seperti yang diumumkan sebelum, kerajaan telah menetapkan standard minimum bagi minyak petrol RON 95 haruslah mematuhi EURO -2M yang bermaksud jumlah sulfur tidak melebihi 500 ppm (part per million) sekaligus lebih mesra alam. Bagi RON 97 pula, kebanyakkannya sudah pun mematuhi standard EURO -2M seperti yang ditetapkan.

Photobucket

Perbezaan antara Euro 2M dan 4M


  • RON dikenali sebagai Research Octane Number merupakan ukuran bagi ketahanan bahan api daripada ketukan enjin (engine knocking).
  • Bunyi ketukan enjin (Engine Knocking) terhasil daripada omboh berlaga dengan silinder akibat pembakaran pra-matang.
  • Nilai oktana tidak mempengaruhi prestasi enjin dengan ketara.
  • Pengguna boleh mencampurkan antara RON 95 dengan RON 97. Namun begitu, hasilnya mungkin akan menjejaskan prestasi pembakaran petrol seperti yang telah diharapkan.
  • EURO-2M merupakan standard dalam pembebasan sulfur (sulfur dioksida) ke udara. Lebih rendah kandungan sulfur, lebih tinggi standard minyak tersebut. Tertinggi ialah EURO -4M.


  • Bolehkah kereta anda menggunakan RON 95 ?

    Kebanyakkan kereta pada masa kini boleh menggunakan minyak petrol RON95 tanpa sebarang masalah. Difahamkan, kereta Proton dengan enjin Campro/Campro CPS boleh menggunakan RON 95. Bagi kereta Perodua pula, RON 90 adalah tahap minimum bagi enjin kebanyakkan kereta keluaran perodua. Oleh itu, penggunaan RON 95 tidak sepatutnya mendatangkan masalah.

    Harus juga diingatkan bahawa anda perlu memeriksa tahap minimum RON enjin anda melalui buku panduan dan juga di bahagian belakang penutup isi minyak kereta anda. Apa yang paling penting sekali, elakkan dari menggunakan minyak gred yang lebih rendah dari gred yang ditetapkan.

    Kenderaan lama tidak boleh menggunakan RON 95 ?

    Ada sedikit kebimbangan mengenai kereta dengan enjin yang berusia untuk menggunakan RON 95. Ini disebabkan oleh pemendapan deposit karbon yang terbentuk di dalam bahagian silinder enjin yang secara tidak langsung meningkatkan nisbah tekanan (compression ratio) kepada enjin. Dalam kes ini, adalah digalakkan untuk terus menggunakan minyak RON yang tertinggi seperti RON 97 bagi mengelakkan sebarang masalah.

    Namun begitu, bagi kereta menggunakan sistem elektronik seperti EFI (electronic fuel injection). Sedikit pengubahsuai boleh dibuat pada ECU ( Engine Circuit Unit) bagi mengelakkan ketukan enjin.

    Senarai Kenderaan yang Boleh Menggunakan RON 95 & RON 97

    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket
    sumber: apesaje,tk, Paultan.org, MotorTrades, BHPetrol, Petronas

    Categories: