Silence Creativity

Blogger

Powered by Blogger | Created and Maintained by »♫ ÃIḾÃ₦ çY®Ã₣ ♫«





Copenhagen... Kota Terbaik Untuk Berbasikal & Juga Antara Yang Terbersih Di Dunia...


Baru-baru ini Bandaraya Copenhagen, ibu negara bagi Denmark diiktiraf antara yang terbersih dan paling mesra alam di dunia. Berbeza dengan kota-kota metropolitan di negera-negara lain seperti Kuala Lumpur, di Copenhagen, udaranya bukan sahaja bersih, ia tiada kesesakan trafik.

Memandangkan pada tahun ini, Copenhagen akan menjadi tuan rumah kepada Persidangan United Nation Climate Change, pihak berkuasa di Copenhagen telah menetapkan visi untuk menjadi kota terbaik untuk berbasikal... di dunia.

Sehingga hari ini, 1/3 penduduk Copenhagen berbasikal ke tempat kerja, sekolah dan juga universiti. Bagi merealisasikan visi yang telah ditetapkan, pihak berkuasa di sana telah membina laluan khas untuk berbasikal sejauh 350 km di jalan-jalan di kota tersebut. Malah, orang yang berbasikal diberikan keutamaan berbanding kereta dan pejalan kaki di lampu-lampu isyarat. Difahamkan juga, satu daripada jambatan utama di Copenhagen telah diubahsuai hanya untuk digunakan sebagai laluan basikal.

Baru-baru ini juga, pihak berkuasa Copenhagen telah membuat sasaran terbaru iaitu, separuh dari populasi di kota tersebut akan berbasikal menjelang 2015.

  • Copenhagen akan menjadi tuan rumah kepada Persidangan United Nation Climate Change pada tahun ini.
  • Hari ini, 1/3 penduduk Copenhagen berbasikal ke tempat kerja, sekolah dan juga universiti.
  • Laluan khas untuk berbasikal sejauh 350 km telah dibina di jalan-jalan utama di Copenhagen.
  • Sasaran telah ditetapkan iaitu separuh dari populasi di kota tersebut akan berbasikal menjelang 2015.
  • Berbasikal menjadi pilihan popular berbanding kenderaan awam.


  • Kini, berbasikal di kota Copenhagen telah dianggap sebagai satu budaya penting sejak ia mula diperkenalkan pada sekitar 70-an dahulu. Menurut tinjauan penduduk mengatakan mereka lebih senang berbasikal kerana ia pantas, lebih senyap, dan mudah untuk ke mana-mana destinasi. Malah, ia juga dianggap selamat dan tempat letak basikal disediakan dengan meluas. Faktor-faktor ini menjadikan berbasikal menjadi pilihan berbanding kenderaan-kenderaan awam.

    Salah satu faktor budaya berbasikal menjadi semakin popular di Copenhagen dan juga kota-kota Eropah yang lain atas faktor cukai jalan yang dikenakan terlalu tinggi. Malah, ada juga kota yang mengenakan caj untuk memasuki pusat bandaraya.

    Mungkin budaya berbasikal tidaklah begitu sesuai untuk diamalkan di Kuala Lumpur kerana iklim cuacanya yang panas dan lembab. Tetapi ia wajar untuk dicontohi memandangkan ia bukan sahaja berkesan mengurangkan kesesakkan trafik, ia boleh menjadikan udara lebih bersih.


    Tempat letak basikal disediakan dengan meluas



    Separuh dari penduduk Copenhagen berbasikal ke sekolah, universiti dan tempat kerja



    Laluan khas berbasikal telah dibina dengan meluas di jalan-jalan utama


    sumber: apesaje.tk, BBC News, Softpedia News

    Categories: