Silence Creativity

Blogger

Powered by Blogger | Created and Maintained by »♫ ÃIḾÃ₦ çY®Ã₣ ♫«





RABU, 22 Julai 2009


Saya dan beberapa pelajar diiringi 2 orang guru pengiring telah pergi ke Tmn. Pertanian Bkt. Cahaya Seri Alam, Shah Alam bagi mengikuti lawatan yg dianjurkan oleh Persatuan Geografi.Setibanya kami di sana dengan menaiki sebuah bas, maka bermulalah lawatan kami dengan jayanya.

Bermacam-macam tempat yang kami lawati sepanjang lawatan ini seperti Taman Arnab, Taman Perikanan, Taman Kaktus, Taman Haiwan serta Rumah Iklim Sederhana 4 Musim.Ini merupakan pengalaman pertama saya ke sana.Saya berasa seronok sekali kerana dapat pergi ke sana serta dapat mengelakkan diri daripada aktiviti persekolahan...hahaha :)

Walaupun saya dalam kepenatan ketika itu, berjalan ke sana ke sini melihat permandangan di sana sambil menghirup udara segar di situ, namun saya tetap gembira kerana dapat pergi ke Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam buat pertama kalinya.Saya berharap dapat pergi ke sana lagi terutama sekali ke Rumah Iklim Sederhana 4 Musim itu.Pada waktu itu, kami hanya dapat merasai musim panas kerana di sana, waktu ketika itu merupakan awal musim panas.Kalau boleh, saya ingin ke sana pada waktu musim sejuk, dimana suhunya dikatakan -6oC.

Cukuplah sekadar itu entriku.
Wassalam ;)

Categories: