Silence Creativity

Blogger

Powered by Blogger | Created and Maintained by »♫ ÃIḾÃ₦ çY®Ã₣ ♫«




Kereta Terbang Pertama Dunia Berjaya Terbang Untuk Kali Pertama


Kereta Terbang Pertama Dunia, Terrafugia's Transition dilaporkan telah berjaya dalam ujian penerbangan sulungnya. Penerbangan yang hanya memakan masa 37 saat itu disifatkan satu titik tolak dalam industri aeronautik, ujar Pengasas bersama Terrafugia, Anna Mracek Dietric.

Terrafugia's Transition sebenarnya merupakan gabungan hibrid kereta dengan kapal terbang. Matlamat utama penciptanya ialah membina kereta yang boleh terbang dan mendarat seperti kapal terbang biasa. Dalam masa yang sama, ia boleh dipandu seperti kereta biasa dan disimpan di garaj rumah pada waktu malam.

Secara teori, Terrafugia's Transition boleh terbang sehingga kelajuan maksimum 100 knot atau sehingga 180km/j. Dengan tangki penuh, ia boleh terbang selama 4 jam tanpa henti. Berbeza dengan kapal terbang biasa yang mempunyai 3 roda, kereta terbang ini mempunyai 4 roda bagi membolehkannya bergerak tidak ubah seperti kereta biasa. Ia juga boleh dilaporkan boleh mencapai kelajuan lebuh raya (80-90km/j ?). Namun, kelajuan di atas jalan tidak dimaklumkan.

Lebih menarik lagi, sayap kereta terbang ini boleh dilipat bagi memudahkan pemanduan di atas jalan raya.

Jika anda terfikirkan kereta ini boleh terbang secara menegak, anda sebenarnya silap. Ia masih memerlukan landasan yang lurus untuk terbang, sama seperti kapal terbang biasa.

Terrafugia's Transition masih lagi diperingkat prototaip meskipun 40 tempahan untuk kereta terbang ini sudah diterima oleh pihak syarikat yang membinanya. Harga jualan dilaporkan pada sekitar RM 737,200 dan dijadualkan berada di pasaran pada 2010.

p/s: Adakah pihak JPJ akan meluluskan kereta terbang ini jika ia dibawa masuk ke Malaysia ?



Sumber: DiscoveryNews

Categories:

One Response so far.

  1. Daphne says:

    Hey dude, are you a member yet in www.bestfoodjunction.com?