Pluto bukan lagi sebuah planet. Ia hanya dikenali sebagai salah satu Planet Kerdil di dalam gugusan Kuiper Belt.Apa pun, bagi anda yang pernah mengenali Pluto, atau sekurang-kurangnya pernah membacanya di dalam buku sains sekolah rendah, pasti anda terbayangkan sebuah Planet kecil, berwarna kelabu asap, tandus dan sepi.
Semua ciri-ciri tersebut benar kecuali warnanya. Baru-baru ini NASA telah mendedahkan penemuan terbaru yang dibuat melalui Satelit teleskop Hubble telah mengesahkan bahawa warna sebenar Pluto ialah seakan-akan warna perang cerah. Malah, mereka juga telah mengenal pasti bahawa ini adalah warna yang sama akan dilihat oleh mata kasar manusia jika tiba di sana satu hari nanti.
Bagaimana sebuah planet yang sangat jauh mempunyai warna yang cerah? NASA menjelaskan bahawa pembentukan warna tersebut dipercayai disebabkan oleh interaksi antara sinar ultraungu dengan gas metana yang wujud pada atmosfera planet tersebut. Mereka turut menjelaskan tompokan-tompokan cerah yang wujud pada ekuator Pluto adalah disebabkan oleh kehadiran fros karbon monoksida.
FAKTA MENARIK
Warna sebenar Pluto ialah seakan-akan warna perang cerah.
Pendedahan warna sebenar Pluto dibuat melalui Satelit Teleskop Hubble.
Warna tersebut merupakan warna yang sama akan dilihat oleh mata manusia apabila tiba di sana kelak.
Kehadiran karbon pada Pluto juga telah disahkan.
Selain itu, pengesahan kewujudan unsur karbon di sana ternyata amat menarik perhatian Marc Buie, seorang saintis dan juga penyelidik di Southwest Research Institute (SwRI).
"Ia dapat membantu kami untuk memahami bagaimana Pluto berevolusi sejak ia mula-mula tercipta 4 billion tahun yang lepas," ujar Marc di dalam satu sidang media.
Apa pun, rahsia Pluto hanya akan dapat dirungkai lebih dalam lagi apabila prob angkasa Horizon yang telah dilancarkan pada 2006 tiba di orbit Pluto pada Julai 2015.
Categories:
Facts
Post a Comment