'Ais di Puncak Kilimanjaro bakal hilang untuk selama-lamanya', kata David Verardo, Pengarah Program Poleoclimate National Science Foundation.
Beliau turut menjelaskan kerja-kerja pemuliharaan perlu dipertingkatkan di kawasan sekitar Gunung Kilimanjaro kerana gunung tersebut juga merupakan punca air utama di Tanzania.Buat masa ini, National Science Foundation dari Amerika Syarikat bekerjasama erat dengan Ohio State University untuk kerja-kerja pemuliharaan di sana.
Selain itu, kumpulan saintis dari NSF juga memberi amaran bahawa glasier yang ada di sana hanya akan bertahan untuk beberapa tahun lagi. Jika berpandukan fakta yang sedia ada, jumlah ais telah menyusut sehingga separuh dari jumlah ais yang dicatatkan pada tahun 2000. Malah, ia juga dikatakan telah kehilangan sebanyak 82% berbanding pada tahun 1918, Ini bermakna, Kilimanjaro besar kemungkinan akan kehilangan ais sepenuhnya menjelang 2020.Fenomena yang sama pernah berlaku di Gunung Kinabalu kita di mana ais dan glasier pernah wujud sekitar 10000 tahun dahulu.
Walau bagaimanapun, apa yang berlaku di Kilimanjaro bukanlah sesuatu yang asing, lebih-lebih lagi ia turut berlaku di tanah-tanah tinggi di sub-tropika yang lain. Peningkatan suhu permukaan disamping kenaikan aras troposfera Bumi merupakan punca yang dikenal pasti setakat ini.
- Troposfera (Troposphere) merupakan lapisan atmosfera yang ternipis dan terhampir dengan permukaan bumi.
- Troposfera bermula dari permukaan bumi sehingga lapisan tropopause (antara ketinggian 10 - 16 kilometer, bergantung kepada latitud).
- Lapisan ini ialah lapisan di mana campuran gas-gasnya adalah yang paling ideal untuk menampung kehidupan di bumi.
- Di lapisan ini kehidupan juga terlindung dari pancaran radiasi yang dipancarkan oleh matahari dan objek langit lain.
Categories:
Info
Post a Comment